Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAMIDAH PULAK KWAR BERSATU. OP COOOT ! KEJUUUUT !!!!

BARSATU KITA BARSATUUUUU !

PARTI NI TAK BETUL GAAAAAK !!!

HU HU HU

 

-Pak Karamu-

 

Bersatu Perak terkejut dengan tindakan Hamidah

sad
Ahmad Faizal bersama kepimpinan Pakatan Harapan keluar dari Balai Polis selepas membuat laporan polis
(Ubah saiz teks)

IPOH - Bersatu Perak terkejut dan sedih dengan pengunduran Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman yang disifatkan antara individu penting dalam penubuhan Bersatu di negeri ini.

Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu mengakui Hamidah adalah pelopor kepada Bersatu Perak pada awal kemunculannya dengan menubuhkan bahagian-bahagian di Perak.

Bagaimanapun katanya, keputusan mengejut yang dilakukan Hamidah itu sudah pasti difikirkan masak-masak memandangkan beliau ahli politik berpengalaman dan mengambil keputusan tanpa paksaan atau desakan mana-mana pihak.

“Kita percaya matlamatnya selepas keluar parti masih kekal sama iaitu menentang BN walaupun menerusi wadah yang baharu.

“Ahli-ahli Bersatu bahagian Gopeng juga positif  memberikan kerjasama dan sokongan untuk meneruskan perjuangan Bersatu Perak mencipta kejayaan pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur perkauman Perdana Menteri di Balai Polis Sungai Senam  hari ini.

Tambahnya, ketiadaan Hamidah tidak menjejaskan sebarang perancangan atau program yang sedang dan akan dilaksanakan Bersatu Perak kerana beliau lebih banyak berada di pusat sebelum ini.

Ahmad Faizal turut mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak menyerang peribadi beliau yang mana sebelum ini ada kenyataan berbaur perkauman dari adiknya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Allhamdulillah dia dah keluar. Parti apa agaknya dia nak masuk lepas ni?

IrWrWs said...

Kalau dia minat kerjaya klepet orang bolehlah masuk parti pan pulak lepas ni..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.