DULU LANGKAH KAJANG RAMAI YANG SALAHKAN PAS KERANA TAK MAHU BEKERJASAMA, TAPI PAS BUKAN TAK MAHU BEKERJASAMA TAPI PAS DAPAT HIDU BANGKAI DIDALAM PAKATANRAKYAT
TERNYATA MAKRIFAT PAS TINGGI
Pak Karamu-
Thursday, September 2017
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya sekali lagi menyerang
Rafizi Ramli dengan menuduh ahli Parlimen Pandan itu menjadi punca
perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dengan rancangan “Langkah Kajang” pada
2014 bagi menggantikan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Tanpa menyebut nama Rafizi,
Latheefa berkata rancangan itu adalah usaha untuk menghalang Datuk Seri
Azmin Ali daripada dilantik menteri besar.
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli.
“Dia dan orang kuatnya yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak
satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak
tahu langsung,” kata Latheefa dalam kenyataan terbaharu dalam siri
kritikannya terhadap Rafizi.
Beberapa pemimpin PKR
kebelakangan ini bertikam lidah dalam soal rundingan bersama PAS untuk
menentukan kedudukan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Azmin menyokong rundingan itu,
bagaimanapun ditentang oleh seteru kuatnya Rafizi dan anggota Biro
Politik lain yang tidak setuju PKR bertindak di luar kerangka kerjasama
Pakatan Harapan yang menggabungkan parti itu dengan DAP, Amanah dan
PPBM.
Langkah Kajang berlaku apabila
PKR memaksa pilihan raya kecil di DUN Kajang pada Mac 2014, dalam usaha
menggantikan Khalid sebagai MB atas tindak tanduk yang dilihat tidak
sehaluan dengan dasar parti.
Rancangan asal adalah untuk
meletakkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti MB,
dengan mencalonkan beliau di DUN Kajang.
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli
Rancangan itu bagaimanapun
terbantut selepas sabitan Anwar di Mahkamah Rayuan dalam kes liwat
membabitkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isteri Anwar, yang
juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kemudian
dilantik menjadi calon untuk diangkat menggantikan Khalid.
Bagaimanapun, nama Wan Azizah
ditolak istana Selangor walaupun beliau menang pada PRK Kajang.
Sebaliknya, Azmin dengan sokongan PAS akhirnya dilantik menjadi MB.
Latheefa berkata tanpa Langkah Kajang, pelbagai kemelut yang dihadapi sekarang boleh dielakkan.
“Mengapa Langkah Kajang berlaku?
Kerana dia mahu memastikan Azmin Ali yang sudah pun merupakan Adun
ketika itu tidak dilantik sebagai MB.
“Kita boleh elakkan segala
kemelut dahsyat yang menyusul disebabkannya, dan Anwar mungkin masih
bersama kami sekarang kalau bukan kerana Langkah Kajang,” katanya.
Menurutnya, Rafizi dan “orang suruhannya” memberitahu Anwar yang rancangan Langkah Kajang itu turut dipersetujui DAP dan PAS.
Latheefa turut berkata “orang
suruhan” tersebut mengunjungi Kelantan dan mendakwa mendapat persetujuan
mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli
“Hakikatnya, Nik Aziz mahu
dokumen laporan lengkap dengan segala butiran menjelaskan mengapa Tan
Sri Khalid Ibrahim perlu digantikan.
“Si pelawak dan orang suruhan
ini pula memulakan jelajah dengan dokumen laporan ini. Untuk itu, orang
suruhannya itu disaman dan terpaksa memohon maaf di mahkamah.”
Walaupun tidak menyebut nama, orang yang dimaksudkan itu dipercayai Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Pada Ogos 2015, Saifuddin
mewakili PKR memohon maaf kepada Khalid kerana mengeluarkan dokumen yang
memfitnah beliau, sebagai penyelesaian saman difailkan bekas MB itu
terhadap bekas partinya.
Latheefa Koya Dedah Rahsia Rafizi Ramli.
Dokumen itu antara lain mengaitkan Khalid dengan beberapa isu termasuk
penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan
tanah kepada EcoWorld. - fmt
0 orang berkata:
Post a Comment