Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DURI DALAM PKR MASIH UJUD. DAHSHAT MAINAN RAFIZI



 Langkah Kajang Direncana Tanpa Persetujuan Biro Politik, Kata Ahli MPT PKR



 KUALA LUMPUR – Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya mendedahkan bahawa Langkah Kajang yang direncanakan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak pernah mendapat persetujuan untuk dilaksanakan.

Dalam status Facebook yang dimuat naik semalam `untuk mendedahkan kebenaran mengenai sahabat kita ini’, Latheefa berkata, selama ini beliau menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan, namun tindakan Rafizi secara berterusan cuba menyalahkan orang lain serta mengeluarkan tuduhan demi tuduhan nyata bertentangan dengan perundangan parti.

“Saya mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar tentang Rafizi, perkara di mana rakyat Malaysia masih belum mengetahuinya.

“Budak ini geng ponorogo penipu. Ya arkitek Langkah Kajang ini sekarang cuba menyalahkan orang seperti Ambiga (Datuk S. Ambiga) yang sebelum ini menentang langkah itu. Dia (Rafizi) tidak boleh memperbodohkan saya (kerana) saya ada bersama sepanjang episod itu,” katanya dalam entri berkenaan.

Menurut Latheefa, Langkah Kajang direncanakan oleh Rafizi bertujuan melucutkan jawatan Menteri Besar Selangor yang pada ketika itu dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain bagi memastikan kerusi itu tidak jatuh ke tangan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang ketika itu sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN).

Menurutnya, walaupun Lang­kah Kajang tidak pernah mendapat persetujuan untuk dilaksanakan, namun perancangan terus dilakukan oleh Rafizi secara ‘senyap’ tanpa pengetahuan biro politik parti.

Jelasnya, tindakan itu turut menyebabkan hubungan antara PKR dengan Pas menjadi tegang ekoran daripada keputusan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan Langkah Kajang.

“Mereka meyakinkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa DAP dan Pas sudah bersetuju, namun pada hakikatnya Pas tidak pernah bersetuju. ‘Orang’ beliau (Rafizi) pergi ke Kelantan dan mendakwa telah mendapat restu daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Latheefa, perkara buruk akibat tindakan itu boleh dielakkan dan Anwar mungkin masih bersama parti sekarang jika tidak kerana Langkah Kajang.

“Saya bertanya kepada beliau (Rafizi) bagaimana jika Anwar disabitkan dengan kesalahan (kerana pada masa itu, rayuan pihak pendakwaan terhadap kes Anwar masih ditetapkan untuk pengurusan kes), anda tahu apa jawapan beliau? Opss saya tidak pernah terfikir tentang perkara itu. Berani atau tidak beliau menafikan pernah berkata seperti itu kepada saya?” soalnya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat pada 7 Mac 2014, beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diletakkan sebagai calon mewakili PKR. – UTUSAN

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ya jahat rafizi ni, hadi sila buat fatwa haramkan rafizi, jgn kasi dia masuk syurga.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.