Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nak Berdakwah Jangan Masuk Politik ?

Salam

SATU FAHAMAN SEKULAR YANG TEGAR !

Kebanyakan umat islam sudah berpegang dengan fahaman yang tersangat SALAH mengikut ketetapan agama islam apabila mereka berkata " Jika mahu berdakwah jangan masuk mana-mana parti politik " fahaman yang sebegini di sebut oleh sebuah hadis yang soheh yang bermaksud :

" Ramai pendakwah yang menyeru manusia ke neraka jahannam, barang siapa yang mengikuti mereka, maka mereka akan di lontarkan ke neraka jahannam, lalu sahabat bertanya : sifatkan mereka itu ! lalu Baginda Rasullullah berkata: mereka adalah sama warna kulit dengan kamu dan bertutur dalam bahasa yang sama dengan bahasa yang kamu tuturkan, sahabat bertanya lagi: Jika aku berjumpa dengannya apakah mesti aku lakukan ? Lalu Rasullullah bersabda: "Kamu hendaklah menentukan diri kamu supaya berada dengan jama'ah islam dan bersama pemimpin mereka, sahabat bertanya lagi: Jika tidak ada jama'ah islam ? " Jawab Rasullullah: "Hendaklah kamu mengasingkan diri kamu dengan mereka sehingga kamu mati dan sehingga kamu terpaksa memakan rumput-rumput (H.R Abu Huzaifah)

Demikian ketetapan dari agama islam, namun apa yang terjadi dengan fahaman umat sekarang adalah sudah jauh bercanggah dengan ketentuan agama, mengasingkan agama dengan politik adalah satu fahaman sekular yang tegar yang telah menyerang pemikiran umat islam zaman ini dan mungkin akan merebak kepada jenerasi yang akan datang jika tiada tegahan di lakukan dari sekarang, ertinya fahaman agama telah musnah

Telinga umat islam sekarang ini telah di sumbat dengan berbagai-bagai penerangan yang datang dari berbagai sudut, fimikiran umat telah di serang hebat saban hari dengan fahaman sekular ini kerana itu kita sering dapat mendengar setiap hari orang mengatakan agama jangan di campur adukkan dengan politik iaitu satu fahaman yang tersangat jahat

Kepada umat islam yang bersifat terbuka TOLONGLAH BACA AL QURAN DAN HADIS RASULLULLAH S.A.W sebagai panduan hidup JIKA umat mahu memperbetulkan diri masing-masing sebelum kita di panggil pulang oleh Allah s.w.t di sisinya dan yang sangat malang lagi ialah apabila ada di kalangan umat yang berjiwa islam sanggup mengatakan bahawa "kalau nak berdakwah jangan masuk mana-mana parti politik"

Kejahilan umat islam di negara ini sudah terserlah dengan nyata dengan fahaman sekular tegar hasil menularnya fahaman yang mengasingkan antara agama dengan politik selepas jatuhnya kerajaan islam Osmaniyah Turki, walaupun pengaruh islam kerajaan Osmaniyah sudah lama tersungkur dan terkubur akan tetapi kesannya baru sekarang kita dapat rasakan kerana pengembangan sekular ini telah di adunkan dengan memasukkan unsur-unsur agama sebagai dakwah fahaman sekular ini yang tidak dapat di bezakan oleh kebanyakan umat islam

Umat islam di mana juga mereka beradad di bumi ini sentiasa di dedahkan dengan fahaman sekular tegar sebelum mereka di sesatkan secara tegar oleh para pendakwah sebab itulah Rasullullah s.a.w menyatakan "Ramai pendakwah menyeru manusia masuk ke neraka jahannam, barang siapa mengikuti mereka, akan di lontarkan ke neraka jahannam itu"




10 orang berkata:

عــلاء ســالـــم said...

assalam alikom

thank you for your visit
you have great blog
salam

Unknown said...

Al salam alikom
wa rhamat ALLAH
i visted your nice blog.
Thanks for visiting mine.

سمسم/سما said...

assalam alikom
thanks alot for your visit
to my blog
i dont know if you speak arabic or english
because i cant understand what did you write
thanks for all

cucu awang teh said...

salam pak karamu, pandangan politik suku, agama suku adlah dakyah pihak yang memperjuangkan assobiyyah yg takut kedudukan mereka akan tergugat apabila banyak tindakan mereka tidak sehaluan dengan agama..wallahuaklam

Unknown said...

Pak Karamu,

nak pinjam lagu "tolong kami bantu kami...."....tapi tukar lirik bole dak.

ibarat minyak ngan air.... boleh campur tapi tak buleh sebati... :D

~PakKaramu~ said...

Terima kasih atas kunjungan kalian

Unknown said...

Pak Karamu,

"tiada yg simpan dlm hati, semuanya gurauan aje. selamat pergi dan kembali. mudahan dpt hj mabrur.... semoga semuanya selamat dan sempurna dalam mnjlankan ibadah hj..... amin".... ikhlas dari saya.

sheikh teluk intan said...

Salam Sahabat,

Saya mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji. Semoga mendapat perlindungan Allah dan meraih haji mabrur hendaknya. Selamat pergi dan balik.Amin Ya Rabb.

Dari saya, saudaramu yang sedang dalam kesakitan.

singamaraja said...

Terima kasih atas kunjungan kalian

good days said...



https://khalejmovers.com/
https://khalejmovers.com/نقل-عفش-الرياض-جدة-مكة/
https://khalejmovers.com/نقل-اثاث-بالرياض-عمالة-فلبينية/
https://khalejmovers.com/نقل-اثاث-الرياض-الكويت/

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.