Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO Bertambah Kusut

Salam

KELANTAN MINTA DENGAN PETRONAS YANG UMNO SEBUK APA HAL ?

UMNO BERTAMBAH KUSUT ISU KU LI, DI TELAN MATI MAK DI LUAH MATI BAPA

Apabila Ku Li bersama-sama pucuk pimpinan PAS menyuarakan bersama-sama nasib rakyat Kelantan atas isu Royalty minyak maka UMNO jelas menunjukkan kemurkaan mereka terhadap Ku Li kerana UMNO menganggap Ku Li bersekongkol dengan parti dari Pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat Kelantan, apa yang UMNO mahu biarlah UMNO sahaja yang menjadi JUARA RAKYAT

Sikap UMNO ini menunjukkan mereka MEMANG tidak mahu kepada perpaduan di dalam negara ini kerana sudah sebati dengan perangai ketuanan melayu yang mereka menjadi JUARANYA dan orang lain di anggap tidak telus dan bijak untuk membela rakyat, akan tetapi dalam masa yang sama mereka mahukan kepada perpaduan dengan alasan untuk mengokohkan islam dan melayu

UMNO dan pucuk pimpinannya beranggapan rakyat di negara ini masih berfikiran tolol tapi sebenarnya rahsia perangai mereka sudah begitu banyak di dalam poket pembangkang, bagi Pak Karamu UMNO jangan lagi cuba untuk membodohkan rakyat dan pucuk pimpinan pembangkang kerana pembangkang sudah cukup masak putar belit mereka, apa yang mereka perlu buat sekarang ialah mengikuti jejak langkah Ku Li dalam memperjuangkan nasib rakyat

Ku Li adalah orang UMNO yang bersemangat rakyat sehinggakan dia sanggup membubarkan parti Melayu Semangat 46 demi perpaduan bangsa melayu, nah sekarang dia berjuang lagi untuk perpaduan tersebut namun dia di sanggah pula, nampaknya Ku Li dapat membezakan di antara kepentingan politik dan kepentingan rakyat namun UMNO nampaknya buta dalam masalah ini kerana mereka rata-rata bersikap macam belanda dapat tanah

Ku Li adalah orang lama dalam percaturan politik dan rakyat, dia berdarah raja yang senada dengan pandangan pemangku Yang Di Pertuan Agong yang meminta supaya apa-apa masalah hendaklah di muzakarahkan dengan baik dan ikhlas demi kepentingan perpaduan Ummah tapi tidak menunjukkan sikap ketuanan melayu yang sentiasa hendak mengongkong fikiran rakyat

Tun Dr Mahadhir bekas perdana menteripun tidak sanggup menasihati Ku Li dalam masalah sikap Ku Li yang di pandang tidak betul oleh UMNO kerana beliau beranggapan Ku Li mempunyai pandangan yang luas dalam bidangnya, namun UMNO sudah merasakan yang mereka itu sentiasa benar dan lebih bijak dari Tun Mahadhir dan Ku Li inilah penyakit yang ada dalam UMNO yang akan memakan diri mereka sendiri

Sikap orang UMNO dan perjuangannya sedikit demi sedikit terbongkar oleh sikap mereka sendiri sekalipun mereka mengutarakan konsep 1 Malaysia yang mana rakyat di dahulukan namun rahsia mereka di pecahkan oleh Allah sepertimana yang berlaku di Melaka baru-baru ini yang mana mereka mengatakan bahawa kaum cina dan india adalah bangsa pendatang, akhirnya menjadi kemarahan kepada bangsa tersebut

Niat UMNO dan orang UMNO nampaknya belum lagi ikhlas untuk melaksanakan konsep rakyat di dahulukan, mereka sepatutnya belajar lebih banyak dari Ku Li dan Tun Mahadhir untuk menyelesaikan berbagai masalah rakyat akan tetapi di sebabkan sikap ego yang cukup menebal yang ada pada mereka maka Tuhan pecahkan rahsia mereka kerana tiada keikhlasan cara berfikir untuk membela rakyat

UMNO semakin kalut dengan berbagai masalah yang timbul di waktu kebelakangan ini, apa saja yang mereka lakukan kononnya untuk kepentingan rakyat ternyata palsu sebab sikap mereka yang tidak terbuka dan ikhlas membuatkan rahsia mereka cepat di hidu dan rakyat yang berbilang bangsa yang sedang memerhatikan lakonan mereka

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.