Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSLIHAT POLITIK YANG BODOH ....

Salam

SETELAH BERGELUT DENGAN ISU POLITIK YANG TIDAK MENJADI, MAKA MUSLIHAT POLITIK YANG MELIBATKAN MAZHAB DI CUBA KALAU-KALAU MENJADI

Perpecahan umat islam di sebabkan fahaman bermazhab menjadi alat sesetengah pehak untuk memperkukuhkan  kedudukan politik mereka ternyata terserlah apabila isu mazhab wahabi di canang dan di mainkan supaya ia dapat di menefa'atkan demi untuk meraih keuntungan simpati daripada rakyat ternyata tidak menjadi dan bodoh

Isu mazhab bukanlah satu isu yang bijak di mainkan untuk meraih simpati dan keuntungan politik malah ia akan menjadikan umat islam bertambah berpecah belah dan inilah yang di inginkan oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani daripada blok barat, apa yang lihat isu mazhab ini jika kita teliti ia tidakpun melibatkan akidah kerana mazhab ini hanya peselisih pandangan dalam soal cabang sahaja, dan mereka masih kukuh mempercayai Tuhan, Rasul, Malaikat, Al Quran, hari kiamat dan qadha dan qadar

Apa yang menyedihkan ialah apabila mazhab wahabi ini di kaitkan dengan JI bawah tanah yang di lihat sebagai agak militen jika di bandingkan dengan JI di atas tanah yang bersedia berjuang mengikut lunas demokrasi kerana mahukan keamanan bergerak dan berpolitik secara yang sihat, di zaman Rasullullah s.a.w dan sahabat tiada mazhab sebab itu islam pada masa tersebut bersatu padu, hanya selepas zaman khulafa Ar Rasyideen sahaja islam mula berpecah kerana ujud fahaman yang berbagai-bagai setelah jawatan khalifah di benamkan oleh fahaman kebangsaan arab dengan mengujudkan  jawatan Al Malik

Sekarang umat islam boleh fikir dan bayangkan bagaimana fahaman-bermazhab-mazhab ini di ambil kesempatan oleh  pehak yang berkepentingan untuk meraih kuasa politik kumpulan mereka dan mungkin fahaman bermazhab-mazhab inilah  suatu cara pehak Yahudi dan Nasrani serta barat mendapat ilham umtuk memecah belahkan umat islam di seluruh muka bumi ini tanpa di sedari oleh umat islam sendiri kerana negara umat islam kebanyakannya adalah bekas tanah jajahan barat dan meninggalkan  pusaka barat di dalam kepala hotak anak didik mereka yang memerintah

Sebenarnya ada lagi satu rahsia yang menjadi isu besar yang belum meletup yang boleh menjadi modal barat dan anak didik mereka  untuk membuat isu huruhara terhadap umat islam di dalam negara tanah bekas jajahan barat iaitu hukum di dalam mahkamah syari'ah yang tidak menepati hukum daripada Allah dan rasulnya sekalipun hukuman tersebut di katakan telah menepati hukum syari'ah, sila tinjau perkara ini dengan teliti, ini menunjukkan bahawa isu hukum ini boleh menjadi kemudharatan kepada agama islam  dan penganutnya sendiri






1 orang berkata:

Anonymous said...

http://kiyaiharaki.blogspot.com/2010/06/penjelasan-isu-tghh-dan-ust-zamihan.html

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.