Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARAK SEGARKAN BUMI PAHANG

Friday, January 20, 2012

Lori ARAK TERBALIK Di KUANTAN


KUANTAN -
“Sedang saya memandu, saya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat seperti bom. Rupa-rupanya ada kemalangan yang mengakibatkan sebuah treler melentang di tengah jalan dengan beratus-ratus tin minuman keras bertaburan di atas jalan,” kata Wan Ismail Wan Majid, 52, saksi kejadian kemalangan di Jalan Sungai Lembing-Kuantan yang turut berada di belakang treler tersebut.

Wan Ismail yang merupakan kakitangan sebuah pusat rawatan alternatif, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam berhampiran Kolej Profiesional Mara (KPM), dia melihat kenderaan tersebut sedang mengundur di laluan menaiki bukit dan terbalik.

“Kejadian itu berlaku begitu pantas, dalam sekelip mata sahaja treler itu telah melintang di tengah jalan,” katanya.

Selain itu, kenderaan berat itu dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghantar minuman keras di Indera Mahkota, di sini mengakibatkan pemandu dan kelindannya cedera parah.

Wakil kakitangan syarikat minuman keras itu memunggah tin minuman keras yang tidak rosak.

Treler membawa  minuman keras melintang di tengah jalan.

Polis dan bomba yang tiba di tempat kejadian bertindak memasang pita dilarang masuk.


Difahamkan, kemalangan berkenaan mengakibatkan laluan di sepanjang kedua-dua hala sesak hampir 10 kilometer namun berjaya dikawal lapan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


Pada masa sama, dalam kesibukan beberapa wakil kakitangan syarikat minuman keras itu memunggah tin, segelintir `kaki mabuk’ dipercayai turut mengambil kesempatan untuk mencuri minuman itu.


Bagaimanapun, keadaan terbabit berjaya dikawal orang awam serta anggota polis yang tiba di tempat kejadian bertindak memasang pita dilarang masuk.

“Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian membantu mengeluarkan pemandu dan kelindan kenderaan itu kerana tersepit sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya.

Menurutnya, sepanjang laluan berkenaan sememangnya menjadi tumpuan kenderaan berat untuk menghala ke Sungai Lembing, di sini.


Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, ketika dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan siasatan masih diteruskan.


Kemalangan tersebut berkenaan mengakibatkan laluan di sepanjang kedua-dua hala sesak hampir 10 kilometer namun berjaya dikawal lapan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.