Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN BERTAMBAH SUKAR MEMPERTAHANKAN KERAJAANNYA

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/379153_2629037320043_1078626570_32259508_1708076135_n.jpg

 Andainya pilihanraya lambat maka Anuar Ibrahim akan lebih ganas dipentas politik negara dan BN akan menjadi lebih sukar untuk memenangi pilihanraya, sebaliknya jika pilihanraya disegerakan maka peratusan BN untuk kalah mungkin kurang atau 50-50

Tinjauan terkini mendapati rakyat semakin mendekati Pakatan Rakyat dari kekal menyokong BN, semangat pembebasan Anuar dari kes yang dihadapinya sedang menghantui pemikiran rakyat kerana Anuar adalah manusia bersih dan di inayai oleh kerajaan BN selama ini terbukti dengan keputusan mahkamah pada 9 Januaray

 Apa yang kita khuatiri selepas Anuar bebas dan bersih mungkin akan ada lagi perancangan BN untuk memerangkap Anuar dan rakan-rakannya didalam PR mungkin akan berlaku atau akan berlaku pilihanraya mengejut diwaktu yang terdekat - Pak Karamu

Guan Eng jangka PRU pada Jun atau September

Bertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parilimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

dap conference 080112 lim guan eng"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.
          
Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
                                              
"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.

"Ini bukan sahaja kemenangan rakyat tetapi usaha mempertahankan hak dan berharap kita boleh mencapai reformasi untut menuntut perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, lebih baik dan bebas untuk semua rakyat Malaysia."

NONELim  yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata BN yang diterajui oleh kerajaan persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar supaya menumbangkan ketua pembangkang itu.
Kemenangan besar


"Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terrhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan.

"Awar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN."

Beliau juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.

mat sabu pc with salleh man 190811Pemimpin supremo DAP yang juga bapa kepada Guan Eng - Lim Kit Siang pula  menyifatkan pembebasan Anwar sebagai kemenangan besar dan tanda bahawa negara ini bersedia untuk berubah.
                                  
"Ini adalah satu kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Mesejnya ialah rakyat Malaysia bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum. "

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (atas, kiri) juga mengucapkan tahniah kepada Anwar dan berkata beliau berharap pembebasan itu akan meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

NONEKatanya, ini juga termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” katanya.

Beliau berkata demikian sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu setelah mengikut perbicaraan hari ini.
Puasa sunat


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata beliau akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah.

“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya dipetik portal rasmi PAS itu.
Timbalan Presiden PKR , Azmin Ali pula menyifatkan kemenangan  Anwar itu sebagai satu kejayaan besar buat pembangkang.

NONE
''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya.

Menurut Azmin (kanan), kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.