Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BURU HASSAN ALI

BERDASARKAN APA JAWATAN TIMBALAN PENGURUSI JAIS DISERAHKAN KEPADA HASSAN ALI DULU ? JIKA DIKAITKAN DENGAN JAWATAN EXCO OLEH KERAJAAN NEGERI MAKA KHALID IBRAHIM KENA PANTAU JAWATAN TERSEBUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA KERAJAAN NEGERI, TIDAK MUNGKIN JAWATAN TERSEBUT  DARI KALANGAN ORANG PERSEORANGAN YANG TIDAK BERKAIT DENGAN KERAJAAN NEGERI

19 January 2012

Hasan Ali kekal Timbalan Pengerusi Mais

Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.


“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.

Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

1 orang berkata:

PenganutPAS said...

Hasan Ali ni memang dari dulu mulutnya berbau UMNO . cakapnya pun berbau UMNO . Islam , melayu dan institusi raja .. tu yang selalu disebutnya .

Nah sekarang islam dapat kat khalid PKR . PAS cuma dapat portfolio hal ehwal melayu jer ...

Memang masin mulut hasan ali ni . jadilah PAS sebagai barua pakatan .....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.