Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CERITA LEMBU BELUM SELESAI !

Jingga 13 desak dedah seluruh penggunaan kad kredit keluarga Shahrizat kepada umum

Fariz Musa | Jan 18, 2012 11:30:11 am


 
JINGGA 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613, Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan, melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat Jalil dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan :
1. Dr. Mohamad Salleh Ismail
2. Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh
3. Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
4. Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh


JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO, yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi KEADILAN .

JINGGA 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC.  Mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM 104,104.42 telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Tarikh
Memo Credit
22/1/2009 Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh RM   49,431.02
22/1/2009 Maybankard Center – Izmir Salleh RM   47,763.06
22/1/2009 Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail RM     6,910.34
  Jumlah RM 104,104.42
Keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat Jalil pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut :
Nama Kad Kredit Jumlah Setahun (2009)
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail Maybank dan CIMB Bank RM182,525
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh Maybank dan CIMB Bank RM160,673
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh Maybank RM127,900
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh Maybank RM122,402

Jumlah RM593,500

JINGGA 13 juga MENCABAR dan MENDESAK seluruh ahli keluarga Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank DIDEDAHKAN KEPADA UMUM kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan, serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan "lembu" atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya.

JINGGA 13 benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap DOUBLE STANDARD dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan Menteri/pimpinan UMNO serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat . 

Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.

*Kenyataan media oleh Fariz Musa (gambar kiri) selaku Ketua Koordinator JINGGA 13.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.