Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASAN,IBRAHIM,UMNO,PEKEDE KECIWA BEBENO !!!

Friday, January 6, 2012


Jatuh hukum, 901 bertukar tempat di Bukit Jalil?......layan aje lah.....

Semua orang tahu 9 Januari 2011 adalah hari jatuh hukum pada Anwar.

Apakah salah individu pergi ke Mahkamah untuk dengar hujah Hakim......apa dia kata bila dia jatuh hukum.....apa dia komen pasal DNA Y......apa hal dengan beberapa DNA lagi......kenapa pemilik beberapa DNA lagi tidak didakwa dan sebagainya.

Umno dengan dibantu pencacainya seperti saudara sedia maklum eperti perkasa(m?), media serta beberapa agensi mensensasikan pemergian individu-individu yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat yang hanya akan turun pada 9 Januari semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada Anwar, bukan pergi untuk mendesak Hakim supaya membebaskan Anwar.

'Mereka' memutar-belit isu dan mensensasikan ke seluruh negara bahawa ada gerakan untuk membebaskan Anwar......mana boleh kita mendesak supaya Anwar dibebaskan.....itu kerja Hakim.....soal tak puas hati sebab ada unsur-unsur konspirasi itu cerita lain.

Sebab itu Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang akan pergi. PJ PAS Selangor pun menggalakkan pergi.....Mat Sabu pun kata begitu......saya yakin dan percaya mereka menjunjung tinggi undang-undang negara.....saya yakin mereka amat faham bukan kerja orang awam untuk mendesak Hakim membebaskan Anwar.

Mereka pergi kerana hendak memberi sokongan moral kepada Anwar dan orang ramai pun percaya beliau tidak buat kerja-kerja terkutuk itu......saya rasa tiada undang-undang menegah individu pergi ke Mahkamah untuk mendengar keputusan yang Hakim akan beri......kalau kekacauan akan berlaku menjadi hujah untuk menyekat mereka yang ingin mendengar keputusan hakim kenapa perlawanan bolasepak tidak diharamkan ditengok.....disaksikan dan dosokong oleh penyokong kedua-dua pasukan?......Pada hal sebelum pada ini ada jugak kekacauan berlaku di dalam dan di luar stadium.

Mungkin pihak polis akan kata kapasiti Mahkamah tak boleh menampong 100,000 orang......belum tentu cukup 100,000 orang, mungkin jugak akan berkurangan kerana Hassan Ali sudah menasihatkan jangan pergi.....tapi besar kemungkinan akan melebihi 100,000 kerana ramai yang akan ikut jejak langkah Presiden PAS dan Timbalan Presiden, Sdr. Mat Sabu.

Kalau dijangka melebihi 100,000 yang akan hadir, kenapa tak gunakan National Stadium Bukit Jalil sebagai mahkamah dan dipasangkan beberapa giant screen di sekeliling stadium tersebut. Peniaga minuman akan dapat mencari rezeki, keadaan akan bertambah relaks dan santai...tiada tension......mesti happening punyer (pinjam bahasa golongan remaja).

Ini tidak ganjil kerana Dewan Besar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pernah dijadikan Mahkamah untuk mengadili 1000 orang tertuduh yang terdiri daripada pelajar beberapa Universiti tempatan dalam kes demonstrasi 3 Disember 1974 dahulu.

al-brangionline:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.