Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAT MALAYSIA NI BANYAK DATO' BUAT HAL

Bekas pengarah veterinar negeri hadapi tujuh tuduhan menipu

January 17, 2012
 
KUALA LUMPUR, 17 JanSeorang bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan berpangkat Datuk hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah, Negeri Sembilan, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas pertuduhan melakukan tujuh kesalahan memalsu dan menipu dokumen kenaikan pangkat.

Tertuduh Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, dalam pertuduhan pertama, didakwa telah memberikan satu dokumen  iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari 2009 kepada seorang pembantu tadbir di jabatan berkenaan berhubung arahan kenaikan pangkat.

Dokumen berkenaan diserahkan dengan tujuan untuk mendapatkan penyelarasan gaji dan pangkat ke Gred 48, sedangkan tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 dan menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM39,536.90.

Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 16 Mac 2009. Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Bagi kesalahan kedua,  Noor Soeraya juga didakwa menggunakan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari  2009 berhubung perkara yang sama.

Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu. Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 16 Mac 2009.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah memberikan kepada seorang pembantu tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan suatu dokumen iaitu satu surat rujukan bertarikh 28 Disember 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 — Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan mendapatkan penyelarasan gaji dan elaun yang mana prinsipal tertuduh mempunyai kepentingan Tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 yang pada pengetahuannya adalah untuk mengelirukan prinsipalnya menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM 5,013.82.

Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Noor Soeraya juga dalam pertuduhan keempatnya didakwa menggunakan, satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 28 Disember 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G53 — Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi menipu Pembantu Tadbir jabatan berkenaan.

Tertuduh didakwa sedar pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu.

Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010. Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

Bagi pertuduhan kelima,  tertuduh didakwa telah memberikan  satu surat rujukan bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan selaraskan gaji dan elaun  sedangkan tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 yang pada pengetahuannya adalah untuk mengelirukan prinsipalnya menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM5,764.86.

Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri tersebut pada 2 Julai 2010.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Bagi pertuduhan keenam  Noor Soeraya juga didakwa dengan sedar menggunakan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 1 Julai 2010 berhubung dengan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi menipu Pembantu tadbir jabatan berkenaan.

Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 2 Julai 2010.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu satu surat rujukan bertarikh 31 Mac 2011 berhubung Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54, yang dikatakan tulen bagi menipu jabatan berkenaan.

Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu  yang dia menggunakan dokumen palsu. Soeraya dituduh berbuat demikian di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 12 April 2011.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. 

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta untuk dibicarakan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Fairuz Bin Johari, daripada SPRM Negeri Sembilan di hadapan Hakim Datin Nursinah  Adzmi manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Syed Fadil Bin Syed Othman dan Muhamad Faiz Bin Fadzil dari Syed Fadil & Co.

Hakim menetapkan ikat jaminan sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin yang mesti menjamin kehadiran tertuduh setiap kali kes dibicarakan.

Hakim juga menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.