Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 12 Januari 2012

Exco Selangor antara mangsa letupan 901


SHAH ALAM, 12 Jan: Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, beliau adalah antara mangsa kejadian letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

(Gambar: Polis memeriksa kawasan letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lepas)
 
Sehubungan itu, beliau meminta polis memberi keutamaan kepada kes ini kerana pihak bertanggungjawab memasang bom boleh dianggap sebagai pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.

"Letupan yang pertama berlaku bersebelahan dengan kenderaan saya, mengakibatkan kereta tersebut mengalami kerosakan manakala kereta milik Zakaria Abdul Hamid, pengarah PKOM Selangor, yang diletak di belakang, juga mengalami kerosakan," kata Elizabeth dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.


Beliau juga mengecam sepenuh-penuhnya laporan palsu oleh pihak media tidak bertanggungjawab yang menuduh peserta perhimpunan Bebas Anwar 901 melepaskan bom-bom tersebut.

"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini. Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," katanya.

Bagi beliau, pelepasan bom-bom ini boleh dianggap sebagai tindakan pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.

Kaedah pengganas ini tidak boleh dibenarkan berulang, katanya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Selangor


(Elizabeth [kiri] dan Dr Xevier)

Dalam pada itu, seorang lagi Exco kerajaan negeri Selangor,  Dr. Xavier Jayakumar  juga mendesak polis menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia melalui berita bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.

"Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Kita menganggap isu letupan yang berlaku Isnin lepas semasa ‘Himpunan 901’ sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis," katanya.

Bagi beliau, kejadian tiga letupan ini sangat mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah dibawah pengawasan ketat pihak polis sehinggakan  sebuah helikopter polis dilihat berlegar-legar mengawasi pergerakan perhimpunan tersebut.

Beliau juga menganggap beratus-ratus anggota polis berseragam atau berpakaian preman berada di situ dan percaya ramai anggota polis berpakaian preman  berada di kalangan  orang ramai di kawasan tersebut.

Namun, katanya, yang lebih meragukan ialah letupan berlaku bukan SATU tetapi TIGA berselang beberapa minit antara satu sama lain.

"Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan  dan telah dirancang terlebih awal (well- planned) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ianya bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa," tegasnya.

Bagi beliau, kejadian letupan ini harus pandang dengan amat serius kerana pada hari tersebut hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan bertumpu untuk membuat liputan kes mahkamah tersebut.

Ini kerana,  letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidak upayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam. 

Ini juga sedikit sebanyak menghakis tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap ‘keupayaan’ pihak Polis menjaga serta menjamin keselamatan aset pelaburan mereka di negara ini, katanya.

"Harus dingat selain kes kematian Altantuya yang  mati dengan penggunaan bahan peledak C4, kita jarang sekali mendengar penggunaan sebarang bom atau bahan letupan terhadap orang perseorangan atau orang ramai di negara kita sejak Merdeka.

"Kita juga mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui ‘kecekapan’ pihak polis dalam ‘menjamin’ keselamatan Negara," kata Xavier.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.