Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA UMNO MEMINGGIRKAN AJARAN ISLAM ?

UMNO MELAHIRKAN JENERASI SEKULAR

Oleh: Mat Zain Mat Isa


Penggal baru persekolahan telah pun bermula. Sementara anak-anak kecil yang baru memulakahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEPiBDKost3HBgR8Ks-Is23H0cvHRZFHIc9ELQ2685vnnXC_vif733TQkF2QCdr3w7tK9qSPxAucF-f6n6j-HeFIdAGnfidSNWh-S4n8eAwD-5pztL3hg97ouUHWOaIRhEk2uPl8o1scU/s1600/cutisekolah.jpgn alam persekolahan peringkat rendah tidak begitu bermasalah mendapatkan tempat di sekolah-sekolah dihasratkan, perkara berbeza berlaku terhadap mereka yang baru melangkah ke alam menengah.

Lazimnya akan ada pelajar yang berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah diidamkan, manakala sebahagian yang lebih besar dari kalangan mereka gagal berbuat demikian.


Selain sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah ternama, turut menjadi rebutan para pelajar dan ibu bapa kebelakangan ini ialah sekolah-sekolah menengah agama.
 
Minat masyarakat untuk memberikan pendidikan agama terbaik kepada anak-anak semakin menyerlah. Saban tahun dikatakan jumlah permohonan memasuki mana-mana sekolah menengah agama, terutama yang mempunyai rekod prestasi agak membanggakan, sentiasa berkali ganda melebihi jumlah tempat yang ditawarkan.

Diakui kecenderungan ini turut dibantu perkembangan dunia yang semakin memihak kepada Islam, beserta arus kesedaran untuk kembali menghayati kehidupan beragama yang semakin meningkat dalam masyarakat. Justeru, keprihatinan para ibu bapa terhadap bekalan ilmu agama pada diri anak-anak juga semakin bertambah.

Kita sedar tidak semua antara kita  ada kemampuan atau kesempatan mengajar ABC dan alif-ba-ta kepada anak-anak. Tidak ramai juga antara kita mampu meluang masa mengajar anak-anak mengaji al-Quran di rumah. Kita juga tidak ada masa sesuai untuk menunjuk ajar anak-anak berhubung tatacara mengerjakan solat dengan betul dan sempurna.

Pun begitu, selaku penjaga mereka, kita tetap mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Kita terus memainkan peranan terbaik memastikan perkembangan positif pendidikan anak-anak, khususnya dalam menimba ilmu-ilmu agama. 
Maka tidak sedikit kini ibu bapa yang “menswastakan” sepenuhnya proses pendidikan agama anak-anak kepada pihak sekolah. Kononnya ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan hidup seharian dan tidak mempunyai masa untuk menyempurnakan asuhdidik anak-anak.

Hakikat itu wajar diakui. Sebab itu kita amat mengharapkan wujudnya tempat yang mencukupi untuk kesemua anak yang berhasrat melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah agama. 
Malangnya, tempat untuk mereka ini amat terhad, menyebabkan wujudnya perlumbaan dan persaingan sangat hebat untuk menempatkan anak-anak kita di sekolah-skeolah terbabit.

Lebih malang lagi, pihak berwajib seakan tidak memberikan perhatian khusus atau lebih serisu untuk menangani perkembangan ini.
Jangan dikatakan untuk menambah bilangan sekolah agama sedemikian bagi memenuhi permintaan rakyat, untuk menambah jumlah kelas di sekolah-sekolah agama sedia apa pun semacam tiada dalam perancangan kerajaan.

Itulah yang amat mendukacitakan kita. Nampak sangat kerajaan pimpinan Umno tidak memandang urusan menyediakan ruang pendidikan Islam kepada para pelajar sebagai suatu yang perlu diutamakan.

Sekolah agama tidak difikir untuk ditambah, berbanding sekolah-sekolah yang menekankan pendidikan sains, teknologi dan sebagainya, walau pun kerajaan sedar permintaan terhadap pendidikan agama semakin meningkat. 
Ia sedikit ditampung oleh inisiatif pihak persendirian menubuhkan sekolah agama swasta. Namun, kerajaan seolah-olah tidak menganggap penting kedahagaan ibubapa memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka.

Memburukkan persepsi itu ialah apabila masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek agama di sekolah-sekolah juga tidak memadai. Agama Islam dilayan tidak lebih hanya sebagai satu subjek pilihan, bukannya sebagai suatu ilmu yang wajib dipelajari anak-anak.

Bahkan, dalam menentukan gred dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik para pelajar, prestasi mereka dalam subjek agama kerap tidak diambil kira. Pengkelasan subjek-subjek akademik itu secara jelas meminggirkan subjek agama dan moral. Hakikat ini sudah diamalkan di sekolah sejak sekian lama.

Sebab itu dalam saringan untuk kenaikan kelas, ada sekolah hanya mengambilkira lima subjek teras sebagai asas penilaian prestasi seseorang murid bagi tujuan pemilihan ke tahap seterusnya. 
Lima kertas teras itu ialah Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, iaitu subjek-subjek Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dalam ertikata lain, hanya markah lima kertas tersebut yang dijumlahkan sebagai ukuran pencapaian murid. Subjek agama Islam tidak dijadikan keutamaan oleh sekolah. 
Dalam perkataan lebih mudah, subjek itu tidak ada nilai akademik. Pencapaian cemerlang dalam subjek itu tidak membantu melonjakkan penilaian prestasi seseorang murid.

Justeru, jika pun anak-anak kita mendapat markah rendah dalam subjek agama, ia tidak menjadi masalah yang merunsingkan pihak sekolah mahu pun ibu bapa. Ia tidak menjejaskan peluang murid-murid untuk naik kelas, selagi mereka cemerlang dalam lima subjek teras itu. Begitu juga dalam menghadapi UPSR.

Anak-anak dibesarkan dalam kepadatan jadual pembelajaran yang secara jelas meminggirkan subjek agama Islam. Hal itu secara tidak langsung menanamkan persepsi dalam pemikiran mereka kononnya untuk memastikan kejayaan masa depan mereka, kecemerlangan dalam ilmu agama tidak perlu dipentingkan.

Secara tidak langsung kehidupan anak-anak dibiasakan dengan suasana tidak mementingkan ilmu agama. Apabila pengetahuan asas agama tidak diberati sejak usia awal mereka, maka anak-anak cenderung membesar sebagai insan yang longgar pegangan aqidah dan komitmen ibadah mereka.

Sudah lah tulisan jawi, yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan tulisan Arab yang juga tulisan al-Quran, dihapuskan sewenang-wenangnya sejak lebih empat dekad lalu. Diikuti kemudiannya dengan penghentian bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat. 
Kini, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar untuk pengajian Islam ke Timur Tengah pula dikurangkan dalam kadar sangat tidak munasabah. Bahkan, tumpuan pengkhususan bidang pengajian untuk pelajar tajaan kerajaan juga sengaja ditukar, daripada bidang pengajian Islam kepada perubatan.

Itu belum lagi kita sebut kedurjanaan Umno menutup Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang ditubuhkan kerajaan PAS di Terengganu, atas pelbagai alasan dan hujah politik yang remeh-temeh.

Kesemua pemerhatian di atas menjurus kepada hanya satu kesimpulan, bahawa Umno memang sengaja meminggirkan pendidikan Islam kepada anak-anak bangsanya sendiri!

1 orang berkata:

Anonymous said...

PAS pun sama juga

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.