Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAKHAIE DULU LARI DARI PAS MASUK UMNO , KINI DIA MENYIBUK

NADA NAKHAIE SAMA SEPERTI MUHIDEN YASIN, SEBAB DUA-DUA NI UMNO KARAT IJAU, LEPAS TU DIA CUBA MEMPERTIKAIKAN PERKARA DALAM PERATURAN PAS, SIAPA DIA NAK KACAU DASAR YANG ADA DIDALAM PAS ? KO SIAPA ? DULU DIA LARI TINGGALKAN PAS MASUK UMNO, DALAM PAS KO TAK BUAT KERJAPUN ! INGAT BAGAIMANA UST FADHIL TEGUR KO SEBAB TAK BUAT KERJA ! INGAT LAGI TAK ? KO INGAT LAGI TAK KAT MANA KO KENA TEGOR ! KALAU TAK INGAT PAK KARAMU NAK KASI INGAT ! HASSANPUN SAMA TAK BUAT KERJA BANYAK UNTUK PARTI, MESYUARATPUN MALAS DATANG, TAK TAHU NAK BAGI-BAGIKAN KERJA PARTI DAN DAKWAH, NAK NAFIKAN ? Pak Karamu

Nakhaie: ‘Adakah Hasan akan dapat keadilan jika buat rayuan’

January 11, 2012
Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 11 Jan Bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad menyifatkan “perkara sama” pasti akan berulang sekiranya Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat keahlian oleh PAS tanpa mengikut prosedur perlembagaan parti, mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama. 
 
Nakhaie menegaskan prosedur pemecatan Hasan tidak wajar kerana  bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak diberi peluang membela diri di peringkat jawatankuasa disiplin parti itu.

“Proses pemecatan Hasan Ali tidak wajar kerana beliau tidak diberi peluang mempertahankan diri dan adalah jelas pandangan Hasan Ali mewakili pandangan lama era kepimpinan ulama yang dianggap oleh pemimpin baru PAS sebagai sesuatu yang sudah lapuk,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini hanya “pertemuan biasan” dan bukannya pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ini menegaskan PAS telah menggunakan kuasa secara tidak adil terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu kerana tidak melaksanakan prosedur yang sepatutnya.

“Ia pertemuan biasa (antara Hasan, Abdul Hadi dan Nik Aziz), bukan jawatankuasa disiplin dan tidak ada surat tunjuk sebab pun... mungkin jawatankuasa agung ada kuasa tapi kuasa itu digunakan secara tidak adil kerana prosedur keadilan tidak dilaksanakan.

“Kalau sekiranya peringkat pertama tak sempurna apa ertinya peringkat kedua (rayuan)...di peringkat pertama orang yang dituduh dipanggil untuk membela diri dengan memberikan sebab mengapa parti tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya dan kalau kita lihat proses ini tidak berjalan,” kata Nakhaie.

Hujung minggu lalu Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”. Keputusan memecat Hasan dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat.
Bagaimanapun Hasan tidak menghadiri mesyuarat itu.

Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Nakhaie berkata terpulang kepada Hasan sama ada mahu membuat rayuan atau tidak kepada Majlis Syura Ulama.

“Tapi adakah di peringkat kedua ini, rayuan pihak tertuduh akan dipertimbangkan secara adil? Itu terpulang kepada Hasan Ali.

“Kalau sekiranya Hasan Ali yakin bahawa keadilan boleh ditegakkan menerusi proses rayuan mungkin beliau akan buat rayuan tapi kalau beliau fikir rayuan tidak akan dipertimbangkan secara adil maka saya tidak fikir Hasan Ali akan buat rayuan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.