Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG POLITIK TENTU MAHU BERPOLITIK, TUNGGU SEBELUM ADA YANG MATI



Mengintai muslihat Najib di sebalik pembebasan Anwar
Posted on Tuesday, January 17 @ 19:00:00 PST by tokdalang

 
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
 
SEBAIK sahaja Mahka mah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Ketua Pembangkang, Dato’ Serihttp://mole.my/sites/default/files/images/NajibRazak-AFP.jpg Anwar Ibrahim bebas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, seluruh negara bergembira dengan keputusan itu.

Namun, sambutan kegembiraan itu diselangi beberapa insiden yang tidak diingini antaranya tiga letupan bom di hadapan jalan masuk ke mahkamah dan pergelutan antara penyokong Anwar dan Saiful.


Ramai yang mempercayai letupan itu adalah provokasi kelompok tertentu yang mahu mensabotaj Himpunan Aman 901, dan mahu mencalar nama penganjur.
 
Apakah motifnya? Lihat sahaja sehari sebelum himpunan diadakan, polis dan media arus perdana membuat tuduhan kononnya penganjur ingkar dan berbohong berhubung syarat kelulusan permit mengadakan himpunan aman tersebut.

Malah Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohammad Salleh sendiri menyifatkan Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai ‘pembohong’.

Kenyataan memperlihatkan suatu provokasi, sedangkan himpunan tetap berjalan dengan baik dan tiada tindakan luar kawal dilakukan oleh penyokong Pakatan rakyat.

Berbalik kepada pembebasan Anwar dari fitnah Liwat II. Ramai yang tidak menyangka keputusan akan menyebelahi Anwar kerana sebelum ini, seluruh kepimpinan Umno-BN dan medianya mencanangkan Anwar sebagai pesalah.

Walhal, mengikut fakta kes, dari awal lagi pihak pen dakwa tidak mampu menghadirkan ‘prima facie’ dalam meneruskan per tuduhan termasukkan da lam kesamaran pembuktian DNA, kegagalan pembuktian kehadiran Saiful ke kondominum dan laporan perubatan Saiful yang sangat bertentangan.

Namun, mahkamah meneruskan pertuduhan ke atas Anwar, sementara media meneruskan laporan yang sangat negatif dalam perbicaraan kes tersebut.

Seperti kata ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar, keputusan pembebasan Anwar sebenarnya harus juga dilihat sebagai suatu strategi baharu dalam permainan politik Najib dan Umno.

Ternyata, telahan Kamarudin tepat kerana sebaik keputusan, seluruh kepimpinan BN memberikan komen kononnya sistem kehakiman dinegara ini benarbenar bebas.

Malah beberapa NGO yang dilihat menyokong Umno sendiri menghentam Anwar, sekali gus menjustifikasi Anwar sebagai pesalah sebelum mahkamah memutuskannya.

Selepas Anwar dibebaskan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet menyatakan kononnya sistem kehakiman di negara ini telus dengan keputusan itu sebagai bukti.

Malah, Najib dan beberapa menterinya menyelar sikap pembangkang yang bagi mereka ‘pre-judge’ sebelum keputusan diumumkan 9 Januari lalu. Lantas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi reaksi yang sama, cuma menyatakan kehairanan me ngapa Anwar boleh bebas.

Sedangkan sebelum ini seluruh media dan kepimpinan BN di dalam seluruh kempen pilihan raya kecil mahupun negeri (Sarawak) mencanangkan Anwar sebagai seorang yang rosak moralnya kerana kes homoseksual.

Tidak pernah terkeluar daripada mulut kepimpinan Umno bahawa Anwar sebagai seorang yang tidak bersalah, melainkan mereka menjaja Anwar sebagai ‘peliwat’.

Mahathir seolah-olah memberi ‘signal’ awal kepada kerajaan supaya me rayu keputusan tersebut, dan adegan baharu dalam fitnah liwat akan bermula.

Maklumat dari seorang editor kanan akhbar arus perdana mendakwa, masih terlalu panjang ‘game’ dalam kes liwat tersebut.

Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin sekali akan berlangsung dalam dua atau tiga bulan lagi dan Umno- BN akan terus menggunakan kes Anwar ini untuk memperlihatkan mereka benar-benar membebaskan kehakiman.

Bunga-bunga pilihan raya sudah kelihatan, Najib sudah menemui pelbagai peringkat penjawat awam persekutuan, sementara tim balannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menemui jentera pilihan raya Umno- BN.

Pemberian gula-gula pi lihan raya secara kecilkecilan sejak akhir tahun lalu sudah kelihatan, dan maklumat dalaman menyatakan bahawa Umno sudah memulakan pemberian besar- besaran kepada jentera mereka untuk digerakkan.

Maka, Fitnah Liwat Anwar dilihat akan tetap relevan untuk dicanang dalam pilihan raya sekiranya pendakwa memfailkan rayuan dan skrip baharu akan bermula.

Lihat sahaja apa yang ditutur bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam mengulas kes Anwar, dan lihat sahaja bagaimana media-media milik Umno melaporkan seluruh kenyataan Hasan hampir setiap malam.

Tidak boleh tidak kes ini akan dilihat seperti dalam kes kedudukan Menteri Besar Perak, selepas Dato’ Seri Nizar Jamaluddin diputuskan pada awalnya sebagai MB yang sah, 12 jam selepas itu keputusan Mahkamah Rayuan mengubah segalagalanya.

Apakah ada ‘permainan’ baharu yang sedang dirancang Najib, Pakatan Rakyat harus siap-siaga dengan segala taktik buruk ini, seperti diperingatkan ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.