Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG UMNO KATA HABISLAH KALI NI UMNO !

Kemaraan PR, Menggerunkan BN


  Oleh Ustaz Idris Ahmad
Konvensyen PR kali ketiga sudah selesai pada 14/1/12 di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIx4pSp3QpzT2viNjQUDG5LVxmdthmS4vryZyPvvdr3LgxIVL5gYUj6ydyjNZi0bNgmWjfOypbKhQZh_IazctJzjKBkootHqkA8Sm73C0A0z852-rHsuO8k_zfKYH4Tcp5PUpkqavxJTmL/s400/12.jpgah. Ia merupakan satu lonjakan kepada PR untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya. Usaha BN untuk melihat  PR berpecah gagal, malahan hubungan PR semakin akrab. Pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.



Ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri,  walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Lebih menggerunkan apabila  komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu  menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini. 

Sebenarnya sebahagian besar  10 perkara  sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. 

Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan.
 
PR sudah iltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan, dalam masa dua minggu tarif letrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan.

Cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut, nampaknya pemimpin Umno hanya berani digelanggang sendiri tanpa lawan,tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.