Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MULA BERTINDAK TERHADAP HASSAN

  Pas buka semula kes Hasan Ali, akan bincang
Posted on Friday, January 06 @ 23:33:16 PST by tokdalang


G MANIMARAN

SHAH ALAM - Pas akan melihat semula kes melibatkan Datuk Dr Hasan Ali pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat parti, esok ekoran kenyataan terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kelmarin.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901,  Isnin ini.
 
Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara tersebut akan disentuh pada mesyuarat bulanan parti di ibu negara 
 
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian bahawa isu melibatkan Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia sudah selesai selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu.
 
"Kami beranggapan bahawa isu sebelum ini sudah selesai selepas pertemuan dengan Mursyidul Am dan Presiden (di Kota Bahru) baru-baru ini.
 
"Sebaliknya, beliau terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan parti. Jadi, kami akan membincangkan isu ini esok," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan  ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901.

Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Menjawab kenyataan Azmin itu, Salahuddin berkata, "apa pun, biar kami selesaikan hal rumah tangga kami."

Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan.
"Setakat ini, apa yang saya boleh katakan sekarang ialah dalam satu dua hari ini, kita akan memutuskan isu ini," kata beliau.

"Kita akan mengadakan mesyuarat bulanan, kami akan membincangkan isu ini. Itu saya boleh kata.

"Kita akan membincangkan, akan melakukan sesuatu. Hal rumah tangga Pas, serahkan kepada kami untuk selesaikan... kami akan bincang dalam mesyuarat nanti, perkara seperti ini," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Kata Salahuddin, Pas merupakan parti politik yang sudah "terbiasa dengan isu-isu seperti ini."
"Dan, kami akan membincangkan dalam mesyuarat kami," kata beliau lagi.

Ketika mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan, terdapat dua pilihan sama ada jawatankuasa kerja pusat sendiri memutuskan sesuatu tindakan ataupun merujuk Hasan kepada lembaga tatatertib.

"Jadi, kami ada pilihan-pilihan ini. Mesyuarat akan putuskan salah satu pilihan," katanya lagi. Jelas beliau, mesyuarat esok hanya akan memfokus ke atas kenyataan-kenyataan dibuat Hasan dan tidak membabitkan bekas Timbalan Presiden Nasharudi Mat Isa.

"Selepas pertemuan (28 Disember lalu), Nasharudin bertindak proaktif, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jadi, fokus esok adalah isu melibatkan Datuk Hasan Ali," kata Tuan Ibrahim lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut Hasan dan Nasharudin telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din pada 28 Disember lalu untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 dan perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

“Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya. Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” kata Nik Abdul Aziz.S/H

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.