Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERIKSA DULU BARU CAKAP, TAKKAN ASAL BERTUDUNG MUSLIMAT PAS ?

EWAH-EWAH ! NAK KEMPEN LA UMNO TU, NAK SERAHKAN PADA RAKYAT KONON ! DALAM GAMBAR TU ADAKAH SEMUANYA MUSLIMAT PAS ? NAMPAKNYA KETUA SRIKANDIPUN ADA JIMPUN ADA YANG DAPAT NAMA BUSUK MUSLIMAT PAS, HAPRAK BETULLAH UMNO NIH, TAK ADA MODAL NAK BERPOLITIK KE ? NI GAMBAR BAWAH NI LAGILAH BERPERANGAI SIAL !

 

GAMBAR ATAS NI LUCAH KE TAK LUCAH ? TUDING JARI LAGI KAT BONTOT LELAKI,

Gelagat memalukan muslimat Pas



Gelagat sebahagian daripada muslimat Pas yang menyertai perhimpunan di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarin.




KUALA LUMPUR 10 Jan. - Ketika muslimat Pas sering ditonjolkan sebagai kumpulan wanita Islam dengan akhlak terpuji, gelagat yang ditunjukkan sebahagian daripada mereka di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mencerminkan sebaliknya.

Meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar daripada mereka berjubah, muslimat Pas itu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat Pas itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

Lebih memalukan, muslimat Pas itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''UMNO mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Apa yang menjadi persoalan apabila kumpulan muslimat Pas itu turut disertai Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.

Gelagat muslimat Pas itu dirakam dan dimuat naik dalam laman sosial Youtube hari ini dan dipaut oleh beberapa blog.

Antaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat Pas itu sedangkan menurut blog tersebut, Pas satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.

''Jika dulu Pas sering mengutuk Wanita serta Puteri UMNO kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?

''Walaupun Ketua Muslimah Pas berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.

''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat Pas yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," demikian menurut blog tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.