Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAJA RAKYAT NAK USIK DEPA

Ulasan Dr Rani Sebelum Dan Selepas Perlantikan Dr Ahmad Yunus Sebagai Exco Baru Selangor

Mesra,Dr Rani bersama Dr Ahmad Yunus dan Tan Sri Khalid Ibrahim di majlis angkat sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Exco baru Selangor
Ulasan Sebelum Perlantikan,Dipetik Dari Sinar Harian :
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.“Namun, itu semua terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat, kami di peringkat Pas Negeri hanya menerima apa jua keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ulasan Selepas Perlantikan,Dipetik dari Mstar :

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak berkecil hati walaupun tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti yang disebut-sebut pelbagai pihak.

Menurut Dr Abdul Rani, beliau sendiri tidak mengharapkan jawatan berkenaan walaupun pelbagai pihak sebelum ini membuat spekulasi dengan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu merupakan individu paling layak menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai exco."Tidak, tidak, tidak. Saya memang tak minta (jawatan ini). Saya pun baru lagi dalam PAS, baru masuk PAS pada 1999.

"Saya langsung tidak berkecil hati. Semalam saya dapat tahu keputusan ini dan saya bersyukur. Saya akan teruskan tugas sebagai Pesuruhjaya, Adun dan Pengerusi SKIMSEL (Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar)," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Bukit Kayangan di sini, Rabu.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.Pelantikan itu bagi menggantikan Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.