Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIKAP EGO HASSAN ALI MEMBUATKAN DIA DIPECAT


HASSAN TAK PANDAI NILAI MENGAPA DIA DIPECAT DARI JAMA'AH PAS, DIA BERKATA BAHAWA KERANA ANUAR IBRAHIM PUNCA SAYA DIPECAT ? PADA PANDANGAN PAK KARAMU PANDANGANNYA INI BERBAUR MENGHASUT AHLI PAS SUPAYA MEMBENCI ANUAR IBRAHIM PADA HAL JAWATANKUASA PAS PUSAT TIDAK MENGAMBIL KIRA TENTANG KENYATAANNYA BERHUBUNG DENGAN ANUAR IBRAHIM

HASSAN ALI DIPECAT ADALAH KERANA SIKAP DAN KENYATAANNYA YANG BANYAK MERUGIKAN JAMA'AH PAS DAN MEMBUATKAN PAS SERBA SALAH BERSAMA KAWAN DIDALAM BARISAN PAKATAN RAKYAT, KESALAHAN HASSAN ALI INI BUKAN BARU DIDALAM PAS MALAH SUDAH  BERLAKU LAMA AKAN TETAPI PUCUK PIMPINAN PAS SENGAJA MENDIAMKAN DIRI KERANA MENGAMBIL KIRA UNTUNG DAN RUGI ATAS KENYATAANNYA

DALAM MASA TIMBANG MENIMBANG UNTUNG DAN RUGI ITULAH AKHIRNYA PAS MENDAPATI BAHAWA HASSAN TIDAK MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA PERJUANGAN PAS MALAH RUGI YANG DITANGGUNG. HASSAN MUNGKIN MERASAKAN TINDAKANNYA  BETUL AKAN TETAPI PERATURAN JAMA'AH DIMANA DIA BERADA MENDAPATI BAHAWA TINDAKANNYA ITU SALAH

NASIHAT DAN PANDANGAN TELAH DIBERIKAN KEPADANYA AKAN TETAPI MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI, INI MENUNJUKKAN BAHAWA SIKAPNYA YANG BEGITU EGO MEMBUATKAN DIRINYA RUGI DAN DIPECAT DARI PAS, WALAU APAPUN DIA MASIH BERPELUANG MERAYU DAN SEDAR ATAS KESALAHANNYA YANG TIDAK SELARI DARI DASAR PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PAS, ANDAINYA DIA BERSIKAP TERBUKA MAKA DIA AKAN MERUJUK KEMBALI DALAM TEMPUH YANG DIBERIKAN, JIKA TIDAK MAKA SAHLAH DIA SEORANG YANG EGO

10 January 2012

Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 JanPAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.


“Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Beliau menjelaskan segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata Hasan.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.

“Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

“Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.