Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, January 8, 2012

PARKIR Di Mahkamah Jln Duta TELAH DITUTUP Sempenan Himpunan 901

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- GARISAN POLIS... Kawasan parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta sudah ditutup sempena Himpunan 901 yang akan diadakan esok.

Himpunan 901 telah mendapat kebenaran pihak polis Kuala Lumpur untuk berhimpun pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Anwar yang menghadapi pertuduhan liwat II akan menunggu keputusan dari Hakim Mahkamah tinggi Dato Zainal Abidin Md Diah.

Menjawab tuduhan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Himpunan 901, bagi Tuan Guru Haji Hadi mengatakan Perhimpunan 901 ini bukanlah untuk soal peribadi Anwar semata-mata, “Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman,”


Kedua-dua belah kiri dan kanan kawasan parkir kenderaan ditutup.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini telah memohon Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Perhimpunan 901 esok yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901, dan keputusannya pihak polis memberi kebenaran untuk berhimpun.

Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali “Hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan dan kita datang untuk mendengar keputusan mahkamah dan, apapun keputusannya, kita akan bersurai dengan aman”.

1 orang berkata:

Anonymous said...

dah sign keluar dalam TV3 mengaku tak sign...hangpa memang jenis munafik nooo...

Hassan Ali dok pertahankan akidahnya kene pecat, mat sabu yang mohong patah kaki boleh jadi timbalan presiden...

haru biru la pas la ni...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.