Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TEMPATNYA SESUAI DISITU !

08 Januari, 2012

Gempar!! Dr. Hassan Ali Masuk UMNO?

Tidak sampai LIMA JAM selepas pengumuman pemecatan Exco Selangor yang juga ADUN Gombak Setia, Hasan Ali dari PAS dikeluarkan, kini timbul cakap-cakap bahawa dia sedang dilamar untuk menjadi calon Umno-APCO bagi DUN yang pernah diwakilinya pada 1999 hingga 2003. 
 
Perkembangan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana rentetan hubungan erat dan intim antara Hasan Ali dengan pencacai Umno-APCO sudah dihidu sejak isu pengharaman penjualan minuman keras pada 2009 yang membawa kepada pertikaian antaranya dengan seorang lagi Exco dari DAP, Ronnie Liu.

DUN Sungai Burong terletak dalam Parlimen Tanjong Karang di mana Noh Omar menjadi wakilnya, manakala DUN ini disandang oleh Shamsuddin Lias, yang juga kroni rapat bekas Menteri Besar Selangor yang disingkirkan Khir Toyo.

Selama memegang jawatan di Sungai Burong, penduduk di situ telah menolak Hasan kerana tidak menepati janji mengadakan kursus motivasi seperti yang terkandung dalam manifesto pilihanraya umum ke 10 pada 1999 lalu.

Dan ini menyebabkan Hasan Ali kalah teruk di sana pada 2004 yang mengakibatkan PAS membuat keputusan menukarkan Hasan ke DUN Gombak Setia sehingga sekarang.

Kini apa jua alasan Hasan sudah tidak bermakna lagi kerana keputusan Jawatankuasa Kerja PAS yang dipengerusikan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah membuat langkah Hasan dalam parti Islam itu terhenti, sekurang-kurangnya sehingga rayuan diterima dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Dari sumber yang rapat dengan presiden PAS, antara alasan pemecatannya ialah Hasan Ali menyebarkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan cuba melaga-lagakan antara sesama parti DAP dan PKR.

Jelaslah, keputusan tepat yang dicapai petang tadi bermakna Umno-APCO kini menanggung seekor lagi biawak hidup yang tidak lagi berguna kerana maklumat yang ada di tangan Hasan Ali tentang rahsia sulit Kerajaan Selangor sudah tidak bermakna lagi. ~jalanpulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.