Suruhanjaya Sekuriti cuba mencabar keputusan hakim dalam Sime E&O
January 20, 2012
KUALA LUMPUR, 20 Jan — Suruhanjaya Sekuriti cuba mencabar keputusan hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim daripada sesi pendengaran pemegang saham minoroti dalam E&O Bhd, yang mana akan melambatkan prosiding terhadap kegagalan Sime Darby Bhd untuk membeli baki saham selepas ia membeli sejumlah 30 per sen pegangan dalam syarikat pembangun hartanah untuk RM776 juta.
Ironinya, pemegang saham minoriti tersebut, peguam Michael Chow Keat Thye berjuang menentang cabaran tersebut walaupun hakim perbicaraan itu merupakan bekas pengarah suruhanjaya berkenaan bermula Mei 2004 hingga dinaikkan ke Mahkamah Tinggi pada Oktober 2009.
"Betul, kami sedang berjuang untuk melawan cabaran itu. Kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan Yang Arif Abang Iskandar untuk mendengar kes tersebut," menurut seorang peguam yang mewakili kepada The Malaysian Insider, yang enggan mendedahkan namanya kerana tidak dibenarkan membuat kenyataan kepada media.
Cabaran terhadap pendengaran itu dijadualkan pada 14 Mac, tarikh sebenar untuk kes tersebut selepas Chow memperoleh cuti bagi pendakwaannya itu.
Subsidiari Sime Darby, Sime Darby Nominees Sdn Bhd (SD Nominees) telah membuat permohonan untuk masuk campur terhadap semakan semula kehakiman pada 7 Januari menurut fail dalam Bursa Malaysia.
The Straits Times Singapore pada 23 Disember lepas melaporkan Chow telah mencari jalan untuk membalikkan kes terhadap Sime Darby, yang menurutnya tidak rasional dan tidak munasabah".
Akhbar berkenaan menjelaskan cabaran tersebut sebagai pameran luar biasa terhadap pemegang saham minoriti dalam sayrikat korporat Malaysia dengan implikasi yang meluas.
"Adakah Chow akan berjaya dalam kes ini, Sime Darby akan memaksa penawaran awam untuk saham E&O, satu tindakan yang akan menyebabkan kos syarikat berdasarkan pertanian tambahan sebanyak RM2.6 billion dan meletakkan tekanan terhadap kewangan dalaman syarikat tersebut," menurut akhbar berkenaan,
Peguam Chow, Datuk Shafee Abdullah, memberitahu The Straits Times bahawa Mahkamah Tinggi telah memutuskan terdapat peruntukan undang-undang untuk semakan semula keputusan Suruhanjaya Sekuriti terhadap perjanjian E&O itu.
"Kami telah mendapatkan cuti daripada mahkamah untuk tindakan penghakiman tersebut dan akan memfailkan dokumen minggu ini kepada suruhanjaya," katanya dalam satu temubual telefon kepada akhbar berkenaan.
Shafee turut menambah, Suruhanjaya Sekuriti terpaksa menyangkal alasan-alasan yang dibuat client mereka dalam pendakwaan tersebut sebelum diputuskan di Mahkamah Tinggi.
"Di bawah semakan kehakiman, kes-kes biasanya akan didengar dengan cepat. Jadi kami mengharapkan akan dapat berada di mahkamah dalan masa terdekat, kata Shafee.
Sime Darby membeli kepentingan dan menawal 30 per sen. Kepentingan daripada tiga pemegang saham utama termasuk SingaporeGK Goh Holdings, pada penghujung Ogos dalam perjanjian yang bernilai RM2.30 sesaham bagi E&O.
Pembelian tersebut mewakili 60 per sen premium terhadap jumlah pegangan tersebut dalam pasaran saham terbuka bila perjanjian tersebut diumumkan.
Akhbar berkenaan turut menjelaskan, dakwaan pemegang saham minoriti tersebut sebagai peningkatan kebimbangan terhadap tadbir urus korporat di Malaysia dan kritikan terbaru terhadap Suruhanjaya Sekuriti.
Perjanjian E&O itu telah mengakibatkan kerunsingan meluas terhadap suruhanjaya -yang menguasai syarikat dengan nilai saham minoriti apabila menggunakan kuasanya untuk penguasaan korporat.
Dalam keadaan yang berasingan, tindakan undang-undang tersebut akan menyebabkan perdebatan terhadap Suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap kegiatan perdagangan yang tidak teratur lapor akhbar terbabit.
Perjanjian berkenaan mengakibatkan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar berada dalam keadaan tersepit berikutan suaminya merupakan Pengerusi E&O, dan meningkatkan pegangan saham peribadinya dalam syarikat tersebut beberapa minggu sebelum Sime Darby mengumumkan pembelian 30 per sen kepentingan dalam syarikat tersebut.
Undang-undang pengambil alihan Malaysia menuntut mana-mana syarikat yang memegang kepentingan lebih 33 per sen dalam syarikat penyenaraian awam harus mengeluarkan penawaran awam bagi mengekalkan pegangan saham.
Penawaran awam juga boleh dicetuskan jika sebuah syarikat baru membeli kurang daripada 33 peratus tetapi menjamin kawalan pengurusan syarikat sasaran.
Sime Darby memiliki 30 persen kepentingan daripada tiga pemegang saham utama E&O: ahli perniagaan Terry Tham Ka Hon, GK Goh Holdings dan sekumpukan pelabur yang diketuai ahli perniagaan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.
Blok Sime Darbysekarang di bawah 33 persen, sementara pemegang saham kolektif daripada tiga pemegang saham utama 41.7 persen telah dikurangkan kepada 11.5 per sen di bawah perjanjian tersebut.
Enam minggu selepas pembelian oleh Sime Darby, suruhanjaya berkenaan memutuskan bahawa syarikat tersebut tidak perlu untuk membuat penawaran awam.
Chow mempertikaikannya dan menuntut tindakan mahkamah untuk memaksa suruhanjaya membatalkan penepian tersebut bagi membolehkan penawaran awam. Dalam afidavitnya, dia memaklumkan, Sime Darby dengan jelas menggunakan premium terhadap E&O bagi mengawal syarikat terbabit.
"Jika dengan mengawal syarikat tersebut bukanlah satu perkara pokok, motif untuk pemerolehan Sime Darby, jadi ia mungkin telah memiliki pegangan syarikat tersebut
Untuk satu masa dalam pasaran terbuka dengan harga yang rendah," katanya dalam permohonan kepada Mahkamah Tinggi
Dia turut menyatakan kepentingan ekuiti Sime Darby turut "menggelapkan penggabungan terhadap 30 pemegang saham terbesar selanjutnya" dan sebarang penafian daripada konglomorate tersebut bahawa ia telah menguasai saham E&O adalah "tidak masuk akal".
Mengukuhkan kenyataannya itu, beliau turut mengetengahkan kolaborasi antara Sime Darby dan E&O.
"Tidak timbul keraguan antara perjanjian kolaborasi yang ditawarkan oleh vendor sepertimana dituntut oleh Sime Darby sebagai pemanis untuk bayaran premium yang dituntut vendor," tambahnya.
Dalam afidavitnya, Chow turut berkata E&O mempunyai sejumlah 20,302 pemegang saham dalam syarikat tersebut.
"Kecuali tiga vendor istimewa yang menjual kepentingan mereka dalam syarikat tersebut kepada Sime Darby dan beroleh lebih suku billion ringgit sebagai premium, daripada sejumlah 20,299 pemegang saham mengalami kerugian lebih RM678juta,” Jelasnya dalam afidavit tersebut.
1 orang berkata:
curry 8
golden goose outlet
curry 7
kyrie irving
supreme t shirt
giannis shoes
yeezy wave runner 700
air jordan
nike sb dunk high
supreme outlet
Post a Comment