Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz disyor tanding kerusi parlimen
Zaimatuljuwita Abdullah
18 Januari 2013 
 Nik Aziz disyor tanding kerusi parlimen
Penduduk berhimpun menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding kerusi parlimen dan diangkat sebagai Perdana Menteri kelak.
 
BACHOK - Hampir 200 penduduk Kampung Seri Kemunting dekat sini berhimpun menyatakan hasrat agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding kerusi parlimen, sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menerajui kerajaan pusat.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia, Ab.Lah Suhaimi Ismail berkata, hari ini penduduk sekitar Unit Peti Undi (UPU) Redang, Teratak Pulai dan Bator berkumpul di pekarangan Masjid Al Aziz sebagai menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di peringkat parlimen.


Menurutnya, Nik Aziz berpengalaman lebih 22 tahun sebagai Menteri Besar dan layak untuk diangkat sebagai salah seorang Perdana Menteri dalam Kabinet apabila PR memerintah Malaysia nanti.


“Beliau berpengalaman sebagai pemerintah berpuluh tahun dan kewibawaannya sudah terbukti. Beliau juga pernah bertanding di peringkat parlimen sekitar tahun 1980-an.


“Saya percaya berdasarkan pengalamannya, dia mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Timbalan Ketua Peti Undi Bator, Mohd Zawawi Rifin berkata, Nik Aziz sepatutnya bertanding di Bachok untuk menggantikan penyandangnya.


Katanya, apabila kelibat ahli Parlimen luar tidak lagi relevan untuk rakyat Bachok, Nik Aziz perlu merebut jawatan ini untuk ke peringkat lebih tinggi iaitu berada di Parlimen.


“Saya percayakan kebolehan beliau yang mampu mentadbir negara kerana lebih 22 tahun memerintah Kelantan corak pemerintahannya tidak menghampakan.


“Tok Guru mempunyai auranya yang tersendiri dan saya percaya jika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan mempunyai sebuah negara yang aman dan makmur di bawah pemerintahan ulama,” katanya.


Penganjur program, Mohd Zanuri Abdullah berkata, rakyat akar umbi di Kelantan amat menyokong sekiranya Nik Aziz mengubah haluannya ke Parlimen kali ini.


“Saya terkilan kerana dalam Kabinet bayangan PR, tiada nama Tok Guru disenaraikan sedangkan beliau mempunyai ‘track record’ yang baik memerintah Kelantan selama ini dan mampu mempertahankan Pas di negeri ini.


“Saya percaya pengaruh beliau amat kuat dan tidak salah untuk saya katakan kemenangan Pas di beberapa negeri lain termasuk di Kedah dan Selangor pada PRU12 adalah kerana usaha beliau turun naik  ke negeri tersebut untuk meyakinkan rakyat memilih Pas,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.