Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penganalisis: Tiada calon boleh rasa selesa di Batu Tiga
Wartawan Sinar Harian
25 Januari 2013
Fokus PRU 13
Fokus PRU 13
SHAH ALAM – Tiada calon dari mana-mana parti boleh merasa selesa untuk menang di kerusi Dun Batu Tiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, kemenangan parti di Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik adalah berdasarkan kepada ‘perang’ (berjuang) hingga saat-saat akhir menjelang PRU13.

“Ada yang kita yakin kita menang, tapi akhirnya kita akan kalah, begitulah sebaliknya. Ia tidak boleh memberi jaminan, namun yang penting kena ‘all out’ (usaha keras).

“Contohnya, tiba-tiba ditakdirkan masa pilihan raya berlangsung, berlaku banjir, ia akan jadi isu nasional yang memungkinkan parti tertentu kalah. Sebab itu pentingnya perang hingga saat akhir, bukan hanya sekerat jalan bila sudah nampak sokongan rakyat berpihak kepada mereka,” katanya.

Mengulas mengenai calon, Ismail berkata, bakal calon yang akan bertanding di dua kerusi panas itu nanti perlu popular dan dikenali pengundi.

“Pengundi juga memandang peribadi calon. Kalau di kawasan bandar ini, kebanyakan kemudahan sudah sedia ada, jadi isunya lebih kepada sejauh mana calon ini mesra rakyat dan hal kebajikan mereka seperti kebersihan.

“Di kawasan bandar ini, masyarakatnya lebih memandang isu sifat sosial calon contohnya kalau kenduri kahwin, pemimpin itu datang atau tidak? Ia akan memberi impak kepada calon. Jangan hanya pandai berjanji tapi tidak tunaikan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis Politik, Prof Dr Jayum Jawan berkata, calon yang bakal bertanding di Shah Alam pada PRU13 perlu mengetengahkan isu ideologi jika mahu menguasai kerusi itu termasuk di dua Dun di bawahnya, Batu Tiga dan Kota Anggerik.

Katanya, Shah Alam merupakan kawasan bandar yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada golongan kelas menengah yang mementingkan faktor itu berbanding ‘periuk nasi’ mereka.

“Mereka sudah ada ‘periuk nasi’ sendiri. Apa yang dimahukan hanyalah sikap ketelusan, bertanggungjawab dan polisi yang bukan saja orang politik buat keputusan, sebaliknya turut melibatkan mereka,” katanya ketika diminta mengulas keperluan masyarakat di Shah Alam.

Mengulas mengenai kriteria calon, Jayum berkata, rakyat berkehendakkan calon yang bersih tanpa skandal sama ada dengan pembuktian atau sekadar khabar angin.

“Pakatan Rakyat (PR) selalu mencanangkan ketelusan dan bersih kerana di peringkat nasional, mereka bukan kerajaan. Sebab itu mereka janjikan semua itu.

“Manakala, parti kerajaan pula kena melaksanakan dan dia tidak boleh menjanjikan kerana bagi rakyat, kalau sudah ada kuasa, pelaksanaan (sesuatu perkara berkaitan kepentingan awam) perlu dilakukan. Dua elemen ini akan dilihat rakyat dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.