Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
'Satim terpedaya gimik politik'
NUR FARHANA ABDUL MANAN 19 Februari 2013
PRU13 PRU13
PUCHONG – Tindakan segelintir ahli Pas yang mengumumkan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang didakwa tidak memberi sebarang kesan kepada pimpinan itu di peringkat kawasan.
Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail berkata, perkara sedemikian sering berlaku menjelang pilihan raya meski bercanggah dengan etika parti.

Merujuk kepada beberapa ahli Pas di Taman Equine yang mendakwa akan memberi sokongan kepada BN, Soffiean menjelaskan, tidak pernah wujud cawangan di kawasan berkenaan dan yang memberi kenyataan kepada media juga bukanlah ketua cawangan.

Sambil mengakui yang membuat pengumuman beri sokongan kepada BN itu ahlinya, Soffiean bagaimanapun mendakwa simpati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman kerana terpedaya dengan gimik politik murahan begitu.

“Sepatutnya beliau lebih berhati-hati dalam perkara sebegitu kerana cawangan itu tidak berdaftar.

"Memang ada usaha tubuhkan cawangan di situ tetapi tidak sampai di peringkat rasmi yang mengesahkan ia sebagai salah satu cawangan Pas Kawasan Puchong,” katanya.

Beliau berkata, hanya ahli di Taman Equine yang ‘membuat hal’ seperti itu sedangkan 34 cawangan berdaftar lain tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

“Saya pasti apa yang berlaku adalah petanda pilihan raya semakin hampir. Perlu diingatkan ahli Pas boleh dipecat sekiranya perkara itu dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin parti Pusat,” katanya selepas merasmikan Program Kaseh anjuran Pusat Khidmat Dun Seri
Serdang di Puchong Indah, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, fenomena ahli parti politik mengumumkan keluar parti atau memberi sokongan kepada parti-parti politik tertentu dilihat hanya fenomena  biasa berlaku ketika musim pilihan raya bakal menjelma.

Katanya, bagi Pas Puchong ia langsung tidak membantutkan gerak kerja dan tidak melemahkan kekuatan yang ada dalam menghadapi pilihan raya.
Jelasnya, ia juga tidak merencatkan perancangan untuk pihaknya menjalankan aktiviti atau agenda parti.

Sambil merujuk kes Taman Equine, Rosharizan berkata, apa yang dilakukan ahli Pas di situ dilihat seperti mempunyai akhlak yang rendah.

“Tindakan mereka menyatakan memberi sokongan kepada BN secara jelas adalah salah. Tanggungjawab minimum jaga kepentingan parti ‘dikoyak’ tetapi kita yakin tindakan sebegini tidak akan merebak,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.