Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anwar: SPR 'bayangi' impian Pakatan ke Putrajaya
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 Februari 2013
Anwar: SPR 'bayangi' impian Pakatan ke Putrajaya
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat pada majlis pelancaran manifesto bertemakan Pakatan Harapan Rakyat di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Pakatan Rakyat (PR) akan menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kekangan utama bagi pakatan itu mencapai impiannya.
"Kita tidak terlebih yakin. Kita mesti juga ada perikemanuasiaan untuk terima, kita berhadapan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang belum bebas dan bersih.

"Tetapi kita yakin insya-ALLAH, kita mampu tawan Putrajaya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, PR melancarkan manifesto PRU13 yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

Malah tegas Anwar, perikatan itu perlu menang dengan jumlah kerusi yang meyakinkan kerana lawan mereka adalah kelompok yang tamak haloba.

"... dan kita harus memikirkan peralihan kuasa yang aman," ujar Anwar sambil berkata, beliau tabik kepada beberapa pimpinan tertinggi tentera yang menyatakan keteguhan dan kesiapsiagaan di bekalang kerajaan pemerintah.

Anwar sebelum itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yang bertungkus-lumus menyediakan manifesto PR terutama generasi muda yang tampil dengan pelbagai idea segar.

Kata Anwar, walaupun Umno-BN sering mengatakan idea PR akan memufliskan negara, namun mereka juga sehingga kini gagal untuk berdebat dalam soal dasar dengan gagasan itu.

Malah katanya, perikatan itu berjaya melakukan satu eksperimen baru apabila berjaya mendokumentasikan sebuah manifesto sebelum pilihan raya umum diadakan.

Bahkan ujarnya, perikatan itu semakin dewasa dari sehari ke sehari berdasarkan pengalaman yang ditimba daripada masalah dan perbedaan pendapat sesama parti itu.

"Sepertimana disebut oleh Lim Guan Eng dan Hadi Awang, ada ditulis, ada permasalahan berbangkit, ada ketegangan dalaman tetapi setiap kali kita dapat mengatasinya, kita jadi yakin dan lebih kukuh sepertimana yang kita telah saksikan setelah kita dapat meraih suatu ikrar dan muafakat bersama," ujar Anwar.

Beliau juga menyatakan bahawa ujian kejayaan perikatan itu kini ialah bagaimana untuk menterjemahkan sokongan sesama mereka menerusi calon parti masing-masing yang akan bertanding dalam PRU13.

"Ujian kejayaan kita pada hari ialah muafakat yang cukup erat di kalangan semua kepimpinan di setiap peringkat mempastikan setiap calon yang diketengahkan itu menjadi calon kita bersama.

"Calon Pas, DAP dan PKR yang akan  menyerang Umno dan Barisan Nasional dan mengalahkan mereka," katanya sambil menegaskan, ujian terbesar parti itu ialah kepelbagaian dalam perikatan itu sendiri.

Anwar turut menyatakan kepimpinan yang ditonjolkan tokoh-tokoh seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai aset utama gagasan itu ke arah Malaysia yang baru.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.