01 April, 2013
Lagi Kebobrokan Kerajaan Umno BN Di Dedahkan
KUALA LUMPUR 1 APRIL: Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akibat campur tangan politik BN yang
keterlaluan, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan
Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.Menurutnya, jika anggota perisikan
menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal kemasukan penceroboh dari
negara luar, insiden di Lahad Datu dapat dielakkan serta tiada nyawa
terkorban.“Perisik yang sepatutnya berfungsi untuk negara diperalatkan
untuk politik sempit Umno BN. Saya tegaskan insiden ini bukan salah
tentera dan polis tetapi penyalahgunaan aset perisikan untuk politik
Umno BN.“Perisik digunakan mencari maklumat untuk penerbitan risalah
menghina seteru politik. Saya yakin, ramai blogger anti Pakatan Rakyat
terdiri daripada perisik,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment