Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dakwat Kekal Pembohong, Hilang Dengan Basuhan Air Sabun (?)


PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
-fb paspusat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.