Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

40 ahli PKR Sungai Siput sertai UMNO

02/04/2013 8:56pm

SUNGAI SIPUT - Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar daripada parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

“Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu kini disandang Dr. Micheal D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas, Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.