Bicara Minda Hadi Awang
Bicara Minda & Sesi Dialog; Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti
BERIKUT hujah diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program Bicara Minda & Sesi Dialog anjuran Sinar Harian,  yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Ia anjurkan bersama oleh Sinar Harian Online dan MobTV


Hadi: Tajuk  'Negara Berkebajikan' ini sebenarnya memerlukan penjelasan yang panjang

Hadi: Yang pertama tentang persepsi.  Ada perbezaan ketara negara berkebajikan fahaman barat dan Islam

Hadi: Prinsip kebajikan dijelaskan dalam al-Quran, kerjanya mesti kebajikan, orangnya juga mesti berkebajikan

Hadi: Ciri-ciri pemimpin negara berkebajikan - pemimpin beriman dan budiman

Hadi: Pemimpin baik dengan rakyat, mesti berlaku adil tanpa kira siapa rakyat itu. Adil kepada semua

Hadi: Kalau perintah negara mesti adil kepada semua sama ada rakyat yang sokong kita atau tidak
Hadi: Dalam negara berkebajikan, cukai tak dikenakan kepada orang miskin, miskin tegar, hanya orang kaya dan berada (sambung)
Hadi tambah: Sebab itu, PR haruskan tol, malah kita mahu hapuskan tol kerana ia libatkan cukai kepada orang miskin.

Hadi: Kekayaan negara pula tidak boleh berpusing dalam kolongan orang berada saja, seperti di zaman firaun

Hadi: Pendidikan percuma melahirkan ilmuan sama ada kemahiran dan akhlak.

Hadi: Al-Quran ada sebut tidak ada kerjasama dengan orang bukan Islam jika hilang jati diri

Hadi: Ada juga surah yang sebut perlu kerjasama dengan orang bukan Islam yang tidak memerangi, halau malah perlu membantu mereka
Hadi: Aspek kemanusian yang membolehkan kerjasama dalam PR walaupun  Pas berbeza dengan DAP dan PKR
Soalan hadirin, Abdul Halim Bustamam kepada Hadi: "Apakah masa depan Malaysia? Negara berkebajikan juga kena berpendapatan tinggi."
Hadi menjawab: "Masa depan ini tuhan saja tahu."

Hadi menambah, "Untuk jalankan tugas di dunia, kena ikut fitrah manusia, manusia dijadikan bersifat individual dan bermasyarakat."
Satu lagi soalan kepada Hadi, "Adakah kerajaan yang lakukan sekarang bukan negara kebajikan."
Hadi jawab: "Saya tak nafikan, apa yang dibuat kerajaan ini itu kebajikan tetapi bagaimana menguruskan duit itu?"

Kata Hadi lagi, "ada yang projek RM2b jadi RM4b seperti negeri Terengganu niat baik tapi runtuh apa sebabnya?"

Hadi: "Contoh, buat masjid bagus, tapi material kualiti murah, bukan Melayu pun tahu rumah ibadat perlu dibuat dengan baik"

Hadi: "BR1M itu memang sumbang kepada rakyat, tapi pepatah kata kalau nak mengail kena bagi tali, mata dan kayu bukan ikan seperti BR1M"

Hadi: "Sebelum PRU jalan rasmi sana rasmi ini, nak tunjuk rakyat bantu rakyat."

Tambah Hadi: "Kalau kerajaan boleh jawab rakyat boleh sokong dia, kalau tak boleh jawab, rakyat perlu hukumnya."

Soalan kepada Hadi: "Tun M sifatkan manifesto PR sebagai khayalan. Pandangan Datuk Seri terhadap manifesto BN kpd kebajikan rakyat?"

Hadi jawab: "Manifesto ini ialah janji tetapi mereka ini sudah lama janji tapi tak buat."

Kata Hadi: "Kena faham, pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan. Parti yang memerintah ini yang memegang amanah."

Hadi: "Manifesto ini buat itu buat ini, tetapi bagaimana hendak urus yang hendak dibuat ini. Kenapa setelah 50 tahun, baru mahu turun harga kereta? Rakyat perlu menilai"