Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nie Ching ikut jejak Kit Siang?
AZLINA OTHMAN
15 April 2013
Nie Ching
Nie Ching
TINGGAL beberapa hari lagi penamaan calon bagi mereka bertanding sempena pilihan raya umum (PRU) akan dimuktamadkan secara sah, malah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dilihat bertindak lebih agresif dan berani mengumumkan nama-nama calon pilihan mereka di negeri ini lebih awal.

Kehangatan bermula dengan kepulangan penasihat DAP meninggalkan kerusi selesanya di Parlimen Ipoh Timur apabila diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah meskipun berlaku sedikit perang dingin antara DAP dan PKR.

Rentetan itu, Anwar mengumumkan Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B),Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Johor Bahru dan diikuti Timbalan Setiausaha Agungnya, Steven Choong untuk kerusi Parlimen Tebrau.

Manakala, Penyelaras PKR Muar, Nor Hizwan Ahmad diumumkan untuk calon kerusi Parlimen Muar dan Naib Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam
Malaysia (Abim), Datuk Idris Jauzi sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat dan Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng untuk calon kerusi Parlimen Segamat.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mengumumkan Ketua Pemuda DAP Johor sebagai calon Dun Mengkibol dalam PRU13 dan diikuti Kit Siang yang turut membayangkan Pembantu Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Johor, Liow Cai Tung sebagai calon Dun Johor Jaya.

Di sebalik kerancakan situasi ini kelihatan, antara kelibat mencuri pandangan ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di setiap program turun padang DAP di Johor termasuk turut menjadi antara individu yang menyampaikan ceramah dalam siri jelajah PR.

Kehadiran Nie Ching itu  seolah-olah menguatkan desas-desus bahawa beliau antara calon kuat DAP untuk merampas kerusi Parlimen Kulai daripada MCA sekaligus antara usaha giat pembangkang memecahkan tembok kuat BN di negeri ini dalam misi untuk menawan Putrajaya, kelak.

Bahkan penyandang kerusi Parlimen Kulai sebelum ini, Tan Sri Ong Ka Ting dari awal berpendirian mengundurkan diri yang dilihat sebagai ‘lubuk’  buat pembangkang.

Komposisi penduduknya yang majoriti Cina turut menyebabkan kebimbangan kerana sokongan dan keyakinan kaum itu terhadap parti pemerintah dilihat seolah-olah semakin berpecah.

Mengikut rekod, kerusi Parlimen Kulai yang disandang Ka Ting mewakili  MCA berjaya mengatasi Ng Pack Siong daripada DAP dengan majoriti undi 11,744 undi pada PRU 2008.

Persoalannya adakah berbaloi percaturan Nie Ching yang merupakan anak kelahiran Batu Pahat yang kini berusia 32 tahun mengikut jejak sifunya Kit Siang meninggalkan kedudukan selesa di Selangor untuk bertanding ke Johor?

Apa yang dikhuatiri, adakah tindakan tersebut bakal melumpuhkan karier politiknya sejurus selepas memenangi kerusi Parlimen Serdang tatkala diusia 27 tahun itu, sekadar bergelar ‘YB’ sepenggal sahaja?

Dalam pertemuan, Nie Ching  mengakui terpaksa berhadapan dengan risiko sekiranya benar dia ditempatkan untuk calon PRU13 di Johor berbanding di tempatnya sendiri yang mungkin sokongan telah tertumpu kepadanya.

Kehangatan PRU13 ini semakin hebat apabila ada khabar angin menyatakan Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Kulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dun Senai, Tay Chien Hein sebagai antara calon yang
disebut-sebut untuk menggantikan Ka Ting sekaligus dalam misi mengekalkan kerusi Parlimen Kulai kekal milik BN.

Meskipun tidak mengakui khabar angin itu, Chien Hein sekadar memberitahu kerusi Parlimen Kulai dapat dipertahankan MCA selain yakin sokongan pengundi masyarakat Tiong Hua akan kekal terhadap BN selepas PRU13 walau sesiapa pun calon diletakkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.