Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penamaan calon: Perkembangan di lokasi
Wartawan Sinar Harian
20 April 2013
Penyokong calon BN
Penyokong calon BN bagi kawasan Lendu.
Khalid Samad
Khalid Samad bersama penyokong dan pencadang hadir di dewan MBSA bagi penamaan calon untuk kerusi Parlimen Shah Alam.
Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan borang penamaan kepada pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Putrajaya.
Penyokong BN
Penyokong BN yang berkumpul di Pusat Penamaan Calon Putrajaya.
Calon bebas, Uzi Che Hussin
Calon bebas, Uzi Che Hussin, 32, mengemukakan borang penamaan calon bagi kerusi Dun Batu 3.
Calon bebas, Eriq Faisal Rusli
Calon bebas, Eriq Faisal Rusli, 33, bekas pemuda Pas hadir di pusat penamaan calon di Shah Alam. Beliau bertanding kerusi Dun Kota Anggerik.
Pusat penamaan calon
Pusat penamaan calon di Alor Gajah dikawal rapi.
calon BN
Barisan calon BN tiba di pusat penamaan calon di Kuala Kangsar.
Calon-calon PR
Calon-calon PR tiba pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.
BERIKUT perkembangan di sana sini pada hari penamaan calon:


KUALA KANGSAR:

Calon-calon PR bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Dun Manong, Jamil Dzulkarnain dan Dun Bukit Chandan, Fathmawaty Salim tiba jam 8.25 pagi di pusat penamaan calon diiringi penyokong.

Lagu Negaraku turut dinyanyikan sebaik sahaja tiba diikuti dengan bacaan selawat.

Calon-calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Dun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Dun Manong, Mohamad Kamil Shafie tiba jam 8.44 di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

Turut mengiringi calon, Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari, bekas Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz serta kira-kira 300 penyokong.

Keadaan kedua-dua penyokong terkawal.

9.00 pagi - Calon BN masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

9.03 pagi - Calon bebas bagi Dun Bukit Chandan, Jahidin Isa masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

9.05 pagi - Calon PR  masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

SKUDAI:

Fokus pada hari penamaan calon pada hari ini seramai 536 polis dan 49 pegawai ditugaskan mengawal ketat di pusat penamaan di Dewan serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Skudai.
Penyokong Barisan Nasional ( BN ) berarak daripada kawasan Batu 10,Skudai, untuk memberi sokongan kepada calon mereka iaitu Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen, calon BN bagi kerusi Dun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar dan Dun Skudai, Liang Ah Chai.
Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) memulakan perarakan bermula di Jalan Tun Teja, Taman Ungku Tun Aminah sebagai sokongan kepada Penasihat  DAP,  Lim Kit Siang. Turut dijangka hadir adalah calon Dun Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan calon Dun Nusaya, Dalahudin Ayub.
Penyokong hanya dibenarkan berdiri dalam jarak 50 meter di luar dewan pusat penamaan calon. Setakat ini keadaan terkawal.

Pengerusi Parlimen Gelang Patah (P162) menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila seorang calon bebas menyerahkan borang penamaan calon kira-kira jam 9.05 minit pagi.

Calon bebas berkenaan, R Rajandran, 55 turut ditemani penyokongnya P Amarawady, 55 dan Pencadangnya M Dewi, 43 tekad memberi saingan kepada calon DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi BN negeri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bagaimanapun, bekas tentera itu akhirnya membuat keputusan muktamad untuk mengundurkan diri kira-kira jam 9.45 pagi iaitu 15 minit sebelum penamaan calon ditutup.

Sebelum itu, beliau sempat bersalaman dengan Abdul Ghani dan menyatakan hasrat mengundurkan diri dan terus memberi sokongan kepada BN.

Sinar Harian turut difahamkan beliau adalah ahli MIC.

Kelibat Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub kelihatan tiba di Pusat Penamaan calon P162 Parlimen Gelang Patah kira-kira 5 minit sebelum masa penyerahan borang penamaan ditutup.

Namun borang penamaan calon telah diserahkan terlebih dahulu kepada petugas pilihan raya oleh Pencadang dan Penyokongnya iaitu Dzulkefly Ahmad, 47 dan Ayob Embong, 49.

Salahudin kelihatan keluar dari dewan kira-kira 10 minit kemudian dan menuju ke bilik Sri Mawar di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah bersama-sama Lim Kit siang, Abdul Ghani Othman, Dr Zaini Abu Bakar,  Dr Boo Cheng Hau dan Liang Ah Chi untuk bersarapan.


ALOR GAJAH, MELAKA:

Berlaku persaingan tiga penjuru di N08- Dun Machap.

Calon yang bertanding - Datuk Lai Meng Chong (BN),  Ravinther a/l Sekaran (KITA), Ginie Lim (PKR).

Jam 8.56 pagi penyokong BN dan calon BN diketuai Datuk Koh Nai Kwong tiba di pusat penamaan dr arah Hutan Percha. Disusuli pada jam 8.58 pagi penyokong dan calon dr pembangkang tiba di pusat penamaan calon diketuai Adly zahari dari parti Pas dari arah bertentangan.

LEMBAH PANTAI:

Calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang tiba di lokasi penamaan calon jam 8.50 pagi


LENDU:

Suasana di  Kompleks Rakan Muda Alor Gajah masih lengang dan berada dalam keadaan aman tanpa kelihatan penyokong calon pada jam 8.30 pagi.

Seramai 200 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan bantuan mula berada di perkarangan kompleks yang menjadi pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah seawal jam 6 pagi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Suprintendan Abd Rahman Jid.

Enam enam calon Barisan Nasional diiringi 250  penyokong memenuhi luar pagar Kompleks Rakan Muda Alor Gajah tepat jam 9 pagi.

Kesemua calon kerusi Parlimen dan Dun masuk ke pusat penamaan calon bersama seorang pencadang dan penyokong secara serentak selepas pemeriksaan polis di hadapan kompleks lima minit kemudian.

Sementara itu, calon PR pula memenuhi kawasan luar pagar pada jam 9.20 pagi sebelum lima calon Pas dan satu calon PKR memasuki dewan bersama seorang penyokong dan pencadang masing-masing.


SHAH ALAM:

Kedua-dua sisi dewan MBSA dibanjiri penyokong BN dan PR.

Datuk Zulkifli Nordin, Khalid Samad (Parlimen Shah Alam)

Dun Kota Anggerik: Mohd Yusof Din dan Dr Yaakub Sapari

Dun Batu 3: Datuk Nawawi M.Zin dan Rodziah Ismail

Calon Pas, Khalid Samad pertikai kedudukan penyokongnya yang agak jauh dari kawasan dewan ketika Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan kertas penerimaan calon.


Parlimen

Bekas Ahli Pas / PKR ( Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu), Zulkifli Nordin (BN) 51 tahun
Yang Dipertua Pas Bahagian Shah Alam / AJk Pas Pusat, Khalid Samad (Pas) 56 tahun


N40 KOTA ANGGERIK
Ketua Jabatan Pembangunan Sosial / Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din (BN) 41 tahun
Ketua Cabang Shah Alam, Dr Yaakob Sapari (PKR) 52 tahun
Bekas Pemuda Pas, Eriq Faisal Rusli (bebas) 33 tahun


N41 BATU TIGA
Ketua Umno Bahagian Shah Alam / Ahli Perniagaan, Datuk Nawawi M Zin ( BN) 51 tahun
Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail (PKR) 49 tahun
Uzi Che Hussin 32 tahun


BANDAR TUN RAZAK:

8.20 pagi: Padang Flat Sri Labuang di penuhi penyokong PKR, kebanyakan mereka telah bersiap sedia untuk ke pusat penamaan calon. Bagaimanapun peyandang ahli parlimen BTR Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan.

8.30 pagi: Sementara penyokong calon BN/MCA Tan Kok Eng menjadikan perkarangan stadium bola sepak kuala lumpur sebagai tempat berkumpul.

8.40 pagi: Kedua-dua penyokong parti sudah mula berarak ke pusat penamaan calon.

8.45 pagi: Suasana semakin meriah apabila penyokong PKR menaiki motosikal membunyikan hon ketika melintasi kawasan perarakan BN

8.50 pagi:  Tan Kok Eng tiba di pusat penamaan calon

9.00 pagi: Kemunculan calon Bebas memberi kejutan khususnya kepada penyokong kedua-dua parti. Mokhtar Salahudin memberitahu beliau percaya mampu beri saingan hebat pada calon BN dn PKR

9.05 pagi: Tan Sri Khalid Ibrhaim tidak hadir dan hanya mewakilkan Ketua Cabang BTR Azman Abidin. Azman yang juga pencadang tiba bersama penyokong iaitu Chin Chee Kong.

9.15 pagi: Pengurus Pegawai SPR omar abas menerima borang pencalonan Tan Kok Eng


JOHOR BAHRU:

Calon kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN) dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein hadir Hari Penamaan Calon di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru, di sini hari ini.

Shahrir yang merupakan penyandang kerusi berkenaan turut ditemani Calon Dun Stulang, Chong Chee Siong dan Calon Dun Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Manakala, Md Hashim pula bersama Calon DAP Dun Stulang, Andrew Chen dan Calon PKR Dun Tanjong Puteri, Mohd Salleh Ahmad.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru bersama dua calon BN lain  masuk ke perkarangan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru sekitar jam 8.45 pagi.

Sementara, Md Hashim bersama dua calon PR bagi kerusi Dun masuk ke bangunan berkenaan untuk proses penamaan calon sekitar jam 8.40 pagi.

Masing-masing hadir ditemani pencadang dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kawasan Parlimen Johor Bahru adalah Amran Abdul Rahman.


SEREMBAN:

Seawal jam 8 pagi kira-kira 400 penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di perkarangan wisma negeri bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka.

Hadir sama, pengasas DAP, Dr Chen Man Hing.

Jam 8.45 pagi mereka mula berarak ke pintu masuk sambil melaungkan reformasi. Manakala penyokong dan calon BN hanya kelihatan jam 9 pagi.


MANJUNG:

Kira-kira jam 8.20 pagi tadi, hampir 200 orang penyokong Pas dan PKR berarak dari 'bus stand' Manjung sambil melauangkan zikir Lailahaillah...hidup Islam.


SUNGAI SIPUT:

Parlimen Sungai Siput dijangka bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru di semua kerusi apabila dua calon bebas tampil pada proses penamaan calon hari ini.

SP Nagalingam, 46, seorang anak tempatan yang juga penuntut sebuah kolej mahu bertanding atas tiket bebas di kerusi Parlimen dan Dun Lintang sementara S Kalimuthu, 53, di Dun Jalong.

Bagaimanapun sehingga jam 9.20 pagi ini, hanya Kalimuthu sahaja yang tampil sementara kelibat Nagalingam belum kelihatan.


TAMBUN:

Proses penamaan calon di Parlimen Tambun dikejutkan dengan kehadiran calon bebas yang bakal bertanding di Dun Hulu Kinta kali ini.


PUTRAJAYA:

Keadaan mula gamat menjelang pukul 9.30 pagi, kelihatan kedua-dua penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) berkumpul pada dua bahagian yang berasingan.

Dari pemantauan Sinar Harian Online, penyokong BN berpakaian baju berwarna biru dengan lambang parti serta berkumpul menyanyikan lagu Barisan Kita.

Manakala penyokong Pas bersama benderanya melaungkan takbir untuk menaikkan semangat.

Kedua-dua penyokong parti dipisahkan dengan pagar yang berjarak 500 meter dengan dikawal dengan pasukan keselamatan polis.


LEMBAH PANTAI:

Suasana di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Bangsar di penuhi penyokong kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sekitar jam 8.00 pagi.

Pada jam 8.30 pagi penyokong dua-dua parti mula memenuhi berhampiran kawasan sekolah.

Penyokong PR melaung-laung takbir, reformasi dan menyanyi lagu Negaraku sementara penyokong- penyokong BN tenang menanti calon mereka.

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba jam 8.50 pagi dan masuk ke dalam dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi.

Pencadang untuk beliau adalah Sheikh Zahari Sheikh Yaacob manakala penyokongnya, Rafiza Shaean.

Sementara itu, seorang calon bebas, Rusli Baba hadir ke dalam dewan jam 9.05 pagi.

Beliau telah dicadang oleh Zakaria Jantan dan disokong oleh Nasarudin Mohamed Johan.

Sementara itu, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong. Chik Raja Zainal tiba pada jam 9.20 pagi.

Beliau telah dicadang oleh Narayanan Ratnam dan disokong oleh Lai Kong Wah.

"Pihak SPR telah menerima kertas penamaan bagi Nurul Izzah dari PKR pada jam 9.02 pagi, Rosli sebagai calon Bebas pada jam 9.11 pagi mana kala Nong Chik pada jam 9.25 pagi.

"Pihak kami telah menyemak kertas-kertas penamaan calon dan berpuas hati. Tidak ada kertas penamaan calon yang ditolak oleh SPR," katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, suasana penamaan calon mula dipenuhi penyokong kedua-dua parti BN dan Pakatan Rakyat (PR) sekitar jam 8.00 pagi.

Pada jam 8.30 pagi penyokong dua-dua parti mula memenuhi berhampiran kawasan sekolah.

Penyokong PR melaung-laung takbir, reformasi dan menyanyi lagu Negaraku sementara penyokong- penyokong BN tenang menanti calon mereka.

Nurul Izzah tiba jam 8.50 pagi dan masuk ke dalam dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi.

Pencalonan beliau dicadangkan oleh Sheikh Zahari Sheikh Yaacob manakala penyokongnya, Rafiza Shaean.

Sementara itu, Rusli hadir di pusat penamaan calon pada jam 9.05 pagi.

Beliau telah dicadangkan oleh Zakaria Jantan dan disokong oleh Nasarudin Mohamed Johan.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang juga merupakan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar tiba di tempat penamaan calon pada jam 9.20 pagi.

Beliau telah dicadangkan oleh Narayanan Ratnam dan disokong oleh Lai Kong Wah.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) dan calon bebas N. Periasamy.

Beliau memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan Periasamy (489).


PENGERANG:

Sesi penamaan calon bagi Parlimen Pengerang yang berlangsung di Dewan Kejora Bandar Penawar berjalan dengan lancar, calon BN dan Pembangkang sampai pada jam 9 pagi dengan penyokong masing-masing.

Manakala calon bebas sampai pada jam 9.15 pagi.

Sesi penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pengerang yang berlangsung di Dewan Kejora Bandar Penawar berjalan dengan lancar, calon BN dan Pembangkang sampai pada jam 9 pagi dengan penyokong masing-masing. Manakala calon bebas sampai pada jam 9.15 pagi.

Kesemua calon menyerahkan borang penamaan calon kepada Pegawai pengurus parlimen P157 pusat penamaan calon dan pengundi Parlimen Pengerang, Azman Mohamed Shah (Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi).

Pengumuman rasmi senarai calon akan diumumkan pada jam 11 pagi.


SEMBRONG:

Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersama calon Dun Paloh, Teoh Yap Kun dan calon Dun Kahang, R Vidyananthan hadir ke penamaan colon lebih kurang jam 9 pagi, di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, di sini, pagi ini.

Terdahulu, ketiga-tiga calon hadir diiringi penyokong lebih kurang 1,000 penyokong yang terdiri daripada masyarakat setempat dan Orang Asli berarak menuju ke tempat penamaan calon.

Ketiga-tiga calon di sambut oleh Pegawai Pilihan Raya kawasan Parlimen Sembrong, Ahmad Ma'in.


BAKRI:

Empat calon Barisan Nasional (BN) dan tiga calon Pakatan Rakyat (PR) bagi Parlimen Bakri tiba di Dewan Mesyuarat Majlis Perbandaran Muar (MPM) tepat jam 9 pagi untuk menyerahkan borang  penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengurus Pegawai Pilihan Raya, Zulkiflee Abbas mengetuai penyerahan borang penamaan calon bagi kerusi P 145 Chris Lee Ching Yong;calon  kerusi N12 Bentayan, Fong Soh Lan; calon  kerusi N13 Sungai Abong, Datuk Dr Haris Mohd Salleh dan calon  kerusi N14 Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib.

Manakala calon PR untuk kerusi N13 Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh; calon kerusi P145 Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan calon N12, Chua Wee Beng.

Setiap calon masing-masing membawa seorang penyokong dan pencadang.

Seorang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Bakri yang sebelum ini mengisytiharkan sebagai calon bebas bagi kerusi N14 Dun Bukit Nanaing  hadir ke Dewan Mesyuarat Majlis Perbandaran Muar (MPM)  untuk penyerahan borang penamaan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Md Ghazali Salamom,45, calon bebas akan berentap dengan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib.

Beliau tiba di MPM tepat jam 9 pagi, diiringi  seorang pencadang, Zulkarnain Mohd Hassan dan seorang Penyokong, Abd Aziz Roslan.


PUTRAJAYA:

7.00 pagi: Kedua-dua penyokong Pas dan BN mula berkumpul

9.00 pagi: Pemimpin Pas, Datuk Hussam Musa dan pemimpin BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

9.30 pagi: Kedua-dua pemimpin menyerahkan borang penamaan calon untuk diproses oleh SPR

10.00 pagi: SPR akan mengumumkan proses penamaan calon yang dibuat


SEGAMAT:

Penamaan calon Parlimen Segamat P.140 Dun N.1 dan N.2

Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Ismail, Segamat

8.30 pagi : Dataran Segamat telah dipenuhi dengan kedua-dua penyokong BN dan PR

8.45 pagi: Ketibaan calon Parlimen Segamat Datuk Seri SSubramaniam dan Datuk Seri Chua Jui Meng

8.50 pagi: Calon mula bersorak menyokong calon-calon mereka.

8.55 pagi: Datuk Chua Jui Meng masuk ke dewan penamaan calon bersama calon Dun diikuti oleh Datuk Subra dan calon Dun

             - Datuk Subramaniam dan Datuk Chua kelihatan tenang dan bersalaman di dalam dewan

9.02 pagi: Calon PR dipanggil ke depan oleh SPR untuk urusan penyerahan borang penamaan calon

9.10 pagi: Calon BN pula dipanggil oleh SPR untuk urusan penyerahan borang penamaan calon

9.15 pagi: Pegawai pengurus pilihanraya memproses borang penamaan calon

Penyokong BN- 400 orang

Penyokong PR- 150 orang

Hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Segamat berjalan lancar apabila calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S. Subramaniam selesai menghantar borang penamaan di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultam Ibrahim Ismail, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Turut mengiringinya calon BN bagi kawasan Dun Jementah, Norshidah Ibrahim dan Dun Buloh Kasap,Dr Lee Hong Tee.

Selain itu, turut selesai melaksanakan proses serahan borang penamaan ialah calon pembangkang iaitu Datuk Seri Chua Jui Meng (DAP) untuk Parlimen Segamat; Mohd Firdaus Masod (Pas) bagi Dun Buloh Kasap, dan Tan Chen Choon (DAP) bagi Parlimen Jementah.

Sebelum itu, kira-kira 500 penyokong bersama kesemua calon kedua-dua pihak berarak sambil memegang sepanduk dan bendera parti masing-masing.

BN

Calon BN bagi kerusi Parlimen ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam
Pencadang: Puspa Hairani Hassan
Penyokong: Tan Geok Ken

Dun N.1 (Buloh Kasap)
Calon: Ketua Pergerakan Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim (38 thn)
Pencadang: Salih Mohamad
Penyokong: Nadarajah Anamali

Dun N.2 (Jementah)
Calon: Ketua MCA Segamat, Dr Lee Hong Tee
Pencadang: Wan Hussein Wan Abas
Penyokong: Tan Eng Giap


PR

Calon PR kerusi Parlimen: Pengerusi PKR Negeri, Datuk Chua Jui Meng
Pencadang: She Yook Hoon
Penyokong: Yow Shee Yan

Dun N.1 (Buloh Kasap)
Calon: YDP Pas Buloh Kasap Firdaus Masod
Penyokong: Azahari Abdul Kadir
Pencadang: Mohd Daud Mohd Jan

Dun N.2 (Jementah)
Calon: Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon
Pencadang: Yom Phock Her
Penyokong: Lim Beng Why


TANJUNG PIAI:

Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan Parlimen Tanjung Piai hari ini diadakan dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Bermula pukul 9 pagi ini,  calon DAP, Pas, dan Barisan Nasional tiba di pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nenas.

Kira-kira 600 penyokong dari kedua parti  berkumpul di luar dewan dengan membawa pelbagai sepanduk dan bendera.

Calon bagi Parlimen Tanjung Piai dan dua Dun iaitu Kukup dan Pekan Nenas telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.


TELUK INTAN:

Kejutan di Dun Changkat Jong apabila seorang calon Bebas bertanding di kerusi tersebut untuk Pilihanraya Umum ke-13 kali ini.

Calon Bebas, K Suppan, 57, dari Batu 12, bertanding atas tiket bebas selepas selesai menyerahkan borang penyerahan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Pencalonan beliau menyaksikan tiga penjuru diantara  Azhar Jamaluddin (BN) bersama Anuar Sudin (Pas) untuk PRU kali ini.


LUMUT:

PRU13 di Parlimen Lumut menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Selain BN dan PKR, dua parti ini akan dicabar seorang calon Bebas dari Parti Cap Pokok.


MANJUNG:

Kerusi Dun Pasir Panjang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan calon bebas dari Parti Pokok.


PASIR MAS:

Calon BN Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang hadir semasa proses penamaan calon masih tidak menyerahkan borang sekali gus memungkinkan  kerusi Parlimen ini hanya berlaku pertembungan dua penjuru melibatkan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali dan Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz


KULAIJAYA:

Hari penamaan calon di  Parlimen Kulai berjalan lancar apabila calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kulai, Tay Chin Hein selesai menghantar borang penamaan di pusat penamaan calon di Bangunan Pejabat Daerah Kulaijaya, di sini, kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Turut mengiringinya calon BN bagi kawasan Dun Bukit Permai, Ali Mazat Salleh, Dun Bukit Batu, Chia Chin Liang dan Dun Senai, Tang Nai Soon.

Selain itu, turut selesai melaksanakan proses serahan borang penamaan ialah calon pembangkang iaitu Teo Chin Hein (DAP) untuk Parlimen Kulai; Mazlan Aliman (Pas) bagi Dun Bukit Permai, Jimmy Puah Wee Tse (PKR) Dun Bukit Batu dan Wong Shu Qi (DAP) untuk kawasan Dun Senai.

Manakala, Parlimen Kulai dan Dun Bukit Batu dijangka bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila seorang calon bebas, K Surendran turut menghantar borang penamaan calon di sini untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Sebelum itu, kira-kira 600 penyokong bersama kesemua calon kedua-dua pihak berarak sambil memegang sepanduk dan bendera parti masing-masing.

BN
Calon BN bagi kerusi Parlimen ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam
Pencadang: Puspa Hairani Hassan
Penyokong: Tan Geok Ken

Dun N.1 (Buloh Kasap)
Calon: Ketua Pergerakan Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim (38 thn)
Pencadang: Salih Mohamad
Penyokong: Nadarajah Anamali

Dun N.2 (Jementah)
Calon: Ketua MCA Segamat, Dr Lee Hong Tee
Pencadang: Wan Hussein Wan Abas
Penyokong: Tan Eng Giap


PR
Calon PR kerusi Parlimen: Pengerusi PKR Negeri, Datuk Chua Jui Meng
Pencadang: She Yook Hoon
Penyokong: Yow Shee Yan

Dun N.1 (Buloh Kasap)
Calon: YDP Pas Buloh Kasap Firdaus Masod
Penyokong: Azahari Abdul Kadir
Pencadang: Mohd Daud Mohd Jan

Dun N.2 (Jementah)
Calon: Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon
Pencadang: Yom Phock Her
Penyokong: Lim Beng Why


CHERAS:

Parlimen Cheras bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru yang mana BN dan DAP mengekalkan calon yang diumumkan sebelum ini iaitu Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai bakal bakal berentap dengan calon BN  Teoh Chee Hooi.


KOTA LAKSAMANA:

Dun Kota Laksamana menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, Datuk Chiw Tiang Chai; calon DAP Lai Keu Ban dan calon bebas, yang juga Pengarah Operasi DAP Melaka, Sim Tong Him.

Belum rasmi, Dun Kota Laksamana menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, Datuk Chiw Tiang Chai; calon DAP Lai Keu Ban dan calon Bebas, yang juga Pengarah Operasi DAP Melaka, Sim Tong Him.


PUCHONG:

Calon bebas yang digembar-gemburkan akan bertanding kerusi Dun seri Serdang dan Parlimen Puchong tidak muncul di pusat penamaan calon di dewan MPJ, Puchong Indah.

Difahamkan salah seorang daripadanya mengalami masalah kesihatan dan masih mendapat rawatan di hospital manakala seorang lagi menarik diri berikutan BN meletakkan calon lain bukan calon pernah bertanding yang diprotesnya sebelum ini.


PANDAN:

Pusat penamaan Calon bagi kerusi Parlimen Pandan dan dua kerusi Dun iaitu Teratai dan Chempaka di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini berlangsung dengan tenang, tanpa sebarang kekecohan berlaku.

Penyokong Barisan Nasional (BN) antara kumpulan paling terawal memenuhi pekarangan Dewan MPAJ seawal jam 8.30 pagi sambil memegang sepanduk dan kain rentang BN.

Ini diikuti dengan kumpulan penyokong Bebas, Jenice Lee yang juga penyandang Dun Teratai, masing-masing berpakaian serba kuning memenuhi pekarangan dewan kira-kira jam 8.40 pagi.

Penyokong Pas bagi Dun Chempaka juga tidak ketinggalan berarak mengiringi calon mereka iaitu, Iskandar Abdul Samad kira-kira jam 8.45 pagi.

Ini diikuti calon PR bagi kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang diiringi penyokongnya dari Pejabat PKR di Taman Kenchana, dekat sini yang tiba di pekarangan pada jam 8.50 pagi.


KOTA SETAR:

8.00 pagi - Sejak awal pagi, penyokong Barisan Nasional (BN) dikatakan telah berkumpul ke Jubli Perak, manakala penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Suka Menanti.

8.30 pagi - Penyokong kedua parti berarak dari lokasi masing-masing dengan berjalan kaki.

8.45 pagi - Kesemua calon BN, Dr Zaki Zamani Abd Rashid, Datuk Hashim Jahaya, Datuk Latt Shariman Abdullah dan Noor Hasita Mat Isa bersama hampir 2,000 penyokong tiba di tempat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Setar.

8.50 pagi - Selang lima minit kemudian, ketibaan calon PR termasuk Dr Azman Ismail, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Mohd Nasir Mustafa dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dengan 3,000 penyokongnya.

9.00 pagi - Proses semakan penamaan semua calon bermula dengan lancar.

9.20 pagi - Dun Anak Bukit mencipta kejutan dengan kemunculan calon bebas, Abdul Samad Che Noh, bagaimanapun beliau tidak hadir dan hanya diwakili pencadang Kanusamy a/l Retanam  dan penyokong Salleh Hamid.

10.00 pagi- Penyerahan buku panduan mengundi kepada semua calon parlimen dan Dun, pengumuman rasmi calon dijangka selesai pada pukul 11.00 pagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.