Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR Sarawak bertanding 12 kerusi parlimen

April 04, 2013
KUCHING, 4 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak hari ini berkata parti itu akan bertanding 12 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

 Pengerusinya, Baru Bian, berkata lima daripada 12 calon telahpun disahkan, dan mereka ialah beliau sendiri yang akan bertanding di Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).

Tujuh bakal calon pula ialah Nicholas Mujah (Sri Aman), Thomas Laja (Kanowit), Dr Ramblam Rahmat (Kota Samarahan), Andy Wong Hong Yu (Julau), Joshua Jabeng (Selangau), Nicholas Bawing Anggat (Lubok Antu) dan Willie Monggin (Mambong), katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan kesemua calon di sini hari ini.

“Tidak wujud pertindihan antara kami (PKR), PAS atau DAP, tetapi ada dua atau tiga kawasan yang belum dimuktamadkan kerana berlaku pertindihan dengan PAS atau DAP,” katanya mengenai tiga parti dalam pakatan pembangkang itu. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.