Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Presiden Pas akui wujud perebutan kerusi

14 April 2013
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
KOTA SAMARAHAN - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujud pertelingkahan dalam pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Beliau menyifatkan perkara itu adalah biasa kerana menurutnya sedangkan dalam satu-satu parti sendiri terdapat lebih daripada satu calon yang ingin bertanding.
  
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan senarai tujuh calon Pas yang akan bertanding di Sarawak, yang menyaksikan wujud pertindihan antara calon Pas dan PR di dua kerusi Parlimen iaitu Julau dan Kota Samarahan.
  
Mereka ialah Ambrose Labang Jamba (Julau), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Kota Samarahan), Robby@Muhammad Zaid Tandang (Sibuti), Mohamad Jolhi (Batang Sadong), Ajiji Fauzan (Igan), Jurina Mut (Tanjung Manis) dan Nani Sahari (Mukah).
  
Pada sidang akhbar baru-baru ini, Pengerusi PR Sarawak Baru Bian mengumumkan calon parti itu Dr Ramblam Rahmat bertanding di Kota Samarahan dan Andy Wong Hong Yu di Julau.
  
Mengenai pertindihan itu, Abdul Hadi berkata ia merupakan keputusan Pas pusat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.