Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PRU13: SPRM jalin kerjasama PDRM-SPR tangani aduan rasuah

1 April 2013
PRU13
PRU13
KOTA KINABALU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed mahu masyarakat, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bersama-sama mengembleng tenaga dengan SPRM bagi membanteras rasuah, sekali gus mewujudkan masyarakat menolak rasuah di negara ini.

Beliau berkata mahasiswa perlu sedar tentang tanggungjawab mereka dalam membantu usaha memerangi jenayah rasuah.

"SPRM berusaha mengukuhkan amalan nilai murni dan integriti dalam pelaksanaan tugas  bagi mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah dan IPT merupakan pendekatan yang amat berkesan serta medium yang boleh mewakili SPRM dalam menyampaikan mesej-mesej anti rasuah kepada masyarakat di dalam dan luar kampus," katanya.

Abu Kassim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Tinggi 2013 di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Menurut beliau, konvensyen bertemakan "Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari" bertepatan dengan matlamat SPRM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melakukan perubahan dan menanamkan dalam diri warga IPT untuk menolak rasuah.

Terdahulu, Dr Mohd Harun berkata institusi pengajian tinggi adalah wadah pelaburan membangunkan modal insan untuk kekal relevan, mandiri, berbudi dan berakhlak tinggi.

Beliau berkata penganjuran konvesyen SPRM IPT adalah wajar dan tepat pada masanya memandangkan situasi pelajar yang masih hijau, boleh dibentuk dan diasuh.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Abu Kassim berkata integriti adalah amat penting dalam meningkatkan sesuatu perkhidmatan termasuklah dalam proses pewujudan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Penubuhan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas meliputi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Mengenai persiapan SPRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abu Kassim berkata, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menghadapi sebarang aduan sepanjang tempoh proses pilihan raya umum itu nanti. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.