Rabu, 24 April 2013
Ingauan Mimpi Ngeri Umno Mula Menjadi Kenyataan. RM 7 Bilion Sudah Di Pindahkan Keluar Negara Oleh Najib.
Berjaya atau tidak PR menawan Putrajaya bukan menjadi soal walau pun ia
adalah matlamat rakyat untuk sebuah kerajaan zalim. Mimpi ngeri yang
selalu mengingau Umno mula menjadi kenyataan apabila rakyat mula celik
politik. Selama berpuluh tahun Umno cuba membutakan rakyat tentang
politik dengan berbagai sogokan diberikan demi menguasai pemikiran
rakyat. Rakyat telah digula-gulakan oleh Umno agar terus mengundi BN dan
kononnya biarlah ahli politik yang memikirkan tentang negara. Setiap
kali jawatan Perdana Menteri berubah tangan, maka mereka akan menjaja
slogan-slogan mereka yang cukup sedap didengar seperti penerapan
nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan yang terbaru ialah slogan 1
Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Jika dulu mereka menjual slogan tetapi sekarang mereka mula menjual
produk dan barangan yang berkonsepkan 'Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1
Malaysia' dan gua melihat naskah-naskah berada di merata-rata tempat.
Gua mengambil satu naskah yang setebal 32 muka.surat untuk membacanya
dan naskah ini lebih kurang sama dengan yang dihantar oleh pusat beli
belah terkemuka seperti Jasco tetapi ia lebih hebat, sehebat kroni yang
mendapat kontrak mencetakkannya.
Daripada makanan sampai kepada semua tok nenek produk 1 Malaysia dijual
oleh bekas kerajaan Najib/Rosmah dan tak mustahil jika Najib/Rosmah
diberi mandat 5 tahun lagi, rakyat Malaysia pun mereka akan jual demi
menambah tabung yang Rosmah buat ketika beliau masih kecil lagi.
Kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi syarikat menjual produk 1
Malaysia dengan Rosmah sebagai CEO dan Najib sebagai Pengerusi syarikat 1
Malaysia.
Usaha keras Umno selama 55 tahun untuk membuta politikkan rakyat
Malaysia mula menampakkan kegagalan bila rakyat mula berani
mempertikaikan salah guna kuasa oleh pemimpin Umno/BN, lebih-lebih lagi
dengan Rosmah yang dilihat sebagai pemimpin di sebalik tabir. Rakyat
mempertikaikan bagaimana Rosmah begitu berkuasa untuk berada sebaris
dengan ahli kabinet suaminya tanpa ada teguran dari sifu Mahathir yang
selalu lantang mengkritik setiap perkara yang tidak disenanginya dan
beliau menjadi begitu bacul apabila berhadapan dengan Rosmah.
Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN
akan tumbang kali ini kerana itulah beliau melewatkan pembubaran
parlimen. Adakah beliau saja-saja melakukannya sehingga meresahkan semua
mangkuk ayun dalam Umno/BN adalah tidak betul sama sekali. Beliau cuma
mencuri sedikit masa yang tinggal untuk melakukan sesuatu yang belum
selesai iaitu pemindahan harta-hartanya keluar negara.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, satu perpindahan
secara sulit ke satu akaun yang di dakwa sulit telah dilakukan di
Cayman Islands melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sejumlah RM 7
bilion telah di masukan ke dalam akaun itu oleh 1MDB yang dikawal
sendiri oleh Najib. Adakah ini tanda-tanda yang Najib dan keluarganya
cuba melarikan diri jika BN tumbang pada PRU 13 ini masih menjadi tanda
tanya.
Apabila rakyat dipestakan dengan pemberian BR1M sebanyak RM 500 selepas
55 tahun memerintah, Najib, Rosmah dan keluarga mereka pula berpesta
dengan berbilion RM yang mereka rompak dari pembendaharaan. Adakah RM
500 begitu besar sehingga kita perlu bersyukur kepada kerajaan Umno/BN.
Jika kita kira berapa sebenarnya jumlah yang diberi oleh rejim Umno/BN
ialah RM 500 bahagi 55 tahun = RM 9.09 setahun dan dibahagi pula dengan
365 hari maka jumlahnya ialah RM 0.024, tak sampai 3 sen pun satu hari.
Bangganya kita mendapat 2 sen setengah sehari dan baiknya 1Malaysia
pasal bagi kat kita RM 9.09 setahun dengan cukai yang kita bayar
beribu-ribu setahun, inilah yang kita dapat.
Adakah kita cerdik atau bodoh dan siapa yang merempat di negeri sendiri,
rakyat 1Malaysia. Siapa yang menjadi kaya raya, Najib/Rosmah dan
keluarga, Mahathir dan anak-anaknya, pemimpin MCA, MIC dan anak-anak
mereka. Jadi apa yang patut kita katakan Umno/BN ialah..... Ini Kalilah.
Gerakan anti Najib Rosmah
Gerakan anti Najib Rosmah
0 orang berkata:
Post a Comment