Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 20 April 2013

Penamaan PRU13; Mohamad Sabu lawan Othman, 3 di Tokai, 4 Sungai Tiang

PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berdepan calon BN, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang sementara tiga calon bertanding di Dun N.18 Tokai dan empat di N.19 Sungai Tiang.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang, Md Nordin Yahya pada jam 10.30 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.


Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).


Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).


Sebelum itu, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi.


Wakil beliau ialah Fadzil Mohd Noor Sahni, pencadang pula Idrus Hamid yang disokong Abdullah Abdul Razak.


Ramlan Hamid pula wakil dan pencadang kepada calon PAS bagi Dun N.18 Tokai, Datuk Mohd Taulan Rasul sementara Abdul Awang adalah penyokong.


Abdul Latif Ahmad adalah wakil kepada calon PAS di Dun N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharom, Abdual Ghani Mohd Salleh (pencadang) dan Mat Noor Md Hussain (penyokong).


Pada PRU12 lalu, calon PAS, Mohd Hayati Othman yang mendapat 27,311 undi memenangi Parlimen Pendang, menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.


Mohamed Taulan yang memperolehi 16,271 undi pada PRU12 lalu memenangi Dun Sungai Tokai menewaskan Fatimah Ismail (BN) dengan majoriti 6,578 undi.


Suraya yang mendapat 13,871 undi memenangi Dun Sungai Tiang pada PRU12 lalu sementara calon PAS, Ab Muthalib Awang mendapat 10,865 undi.




Mohamad bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.




Mohamad bersalaman dengan Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang selepas menyerahkan borang pencalonan.



CERIA...Mohamad bersalaman dengan calon BN P.011 Pendang, Othman Abdul.


Sebahagian daripada para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon-calon P.011 dan N.18 Tokai dan N.19 Sungai Tiang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.