Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, April 20, 2013

Sekitar PENAMAAN CALON Pakatan Rakyat DI MUAR - Hizwan4Muar

 Sebelum berarak ke pusat pencalonan, bacaan doa dibaca bagi permudahkan segala urusan. Kelihatan calon muda PKR di Parlimen Muar, Sdr Nor Hizwan Ahmad (berbaju melayu biru muda), calon PAS Dun Maharani Dr Mohammad Tasli (berbaju melayu kuning keemasan), dan calon PAS Dun Sungai Balang Sdr Malik Mohamad Diah (berbaju melayu hijau) sedang mengaminkan doa.


Para penyokong Pakatan Rakyat sudah berkumpul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar sejak seawal jam 7.00 pagi. Kelihatan para penyokong sedang berkumpul selepas melakukan sunat hajat bersama-sama calon PR yang bertanding.


Calon-calon Pakatan Rakyat berarak ke Pejabat Daerah Muar untuk proses penamaan calon bersama para penyokong.


Sdr Nor Hizwan Ahmad dan Dr Mohammad Tasli sempat melayani permintaan penyokong untuk mengambil gambar sebelum menghantar borang pencalonan.


Para penyokong Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa bersemangat menantikan pengumuman SPR untuk mengesahkan pencalonan.


Selepas SPR menerima dan mengesahkan borang-borang pencalonan calon-calon Pakatan Rakyat, doa sekali lagi dibacakan memohon kemenangan pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.


Tidak semua anggota polis mengangkat tangan ketikan doa dibaca, namun tidak pula kepada anggota polis ini yang turut sama-sama mengaminkan doa. Alhamdulillah.


Salah seorang penyokong mengucapkan ucapan tahniah kepada Sdr Nor Hizwan Ahmad selepas kembali dari pusat penamaan calon.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.