Selasa, 2 April 2013
Bekas Pengarah Kagat calon PAS di Parlimen Baling
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan
Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini,
Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen
Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di
Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah
Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di
Parlimen Titiwangsa.
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.Hrkh
0 orang berkata:
Post a Comment