Oleh : ISMAILY BUNGSU
BERTUGAS di Jabatan Kerajaan
memang selalu menahan hati kalau kita tahu ada kebobrokan/penyelewengan
dilakukan oleh pemimpin politik.
Apa sahaja arahan kena akur dan sesuaikan
meski kekadang itu bertentangan dengan peraturan IT/Peraturan Kewangan.
Misalnya ada satu projek kos
RM300 juta, maka kelulusan daripada CM/PM/MK diperlukan dan Kementerian
Kewangan akan terus memberikan kontrak secara terus dan yang dapat itu biasanya
orang mereka/kroni dan keluarga.
Kalau adapun kononnya
diberikan secara adil, maka akan ada pelaksanaannya secara Tender Tertutup atau
TERHAD yang maksudnya hanya dua tiga kontarktor saja dipanggil dan dua tiga
kontraktor itu biasanya milik orang sama dan ini istilahnya sama juga seperti
menyediakan makanan tentera di Sabah dan negeri lain.
Nah, keadaan ini memang
menyakitkan hati pegawai kerajaan dan kelihatannya pegawai/pengarah yang
diamanahkan langsung tiada kuasa dan samalah seperti LEMBU.
Mereka sebenar tidak boleh
melawan sebab 'TERPAKSA' akur ikut perintah atas nama slogan ‘Saya Yang Menurut
Perintah” dan keadaan ini menyebabkan yang menjalankan tugas marah tetapi tidak
boleh bersuara.
0 orang berkata:
Post a Comment