Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Timbalan KPN: Majikan tidak boleh ugut pekerja undi sesuatu parti

21 April 2013
KHALID ABU BAKAR
KHALID ABU BAKAR
SEMPORNA - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta mana-mana pihak tertentu khususnya majikan tidak mengugut atau memaksa pekerja mengundi sesebuah parti.

Beliau berkata polis ada menerima maklumat terdapat usaha beberapa majikan di Johor yang mengugut untuk membuang pekerja yang mengundi parti tertentu semasa hari pengundian, 5 Mei ini.
Khalid bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 25 anggota polis berlainan pangkat yang bertugas menangani insiden kumpulan pengganas Sulu di Semporna Februari lalu.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.

Khalid berkata mereka yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis.
Dalam pada itu, beliau enggan mendedahkan bilangan majikan yang melakukan ugutan tersebut.
Beliau berkata proses penamaan calon yang berlangsung semalam berjalan lancar dan terkawal di seluruh negara tanpa sebarang insiden tidak diingini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.