Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 16, 2013

PRU-13: Hajat Tun Mahathir tidak kesampaian

PERKASA Datuk Ibrahim Ali
Justeru tidak terpilihnya Tokoh Katak negara sebagai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini, maka hampalah Bapa Pengkhianat Negara, Mahathir Mohamad untuk berkempen bagi pihak si katak.

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. 


Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.