Tuesday, April 2, 2013
Kita Tengok Besar Manakah Kepala Malaun Ni Nanti......
MB Selangor heret bekas Pesuruhjaya SPRM ke mahkamah
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 02, 2013
Ahmad Said dilaporkan media mengatakan SPRM memiliki 'bukti kuat' Abdul Khalid telah
menyalahguna dana kerajaan - Gambar fail
KUALA
LUMPUR, 2 April — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan
kertas pendakwaan ke atas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menuduh bekas
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut
enggan menuruti perintah mahkamah melibatkan kes siasatan rasuah pada
tahun 2009 lalu.
Abdul
Khalid telah menang kesnya dan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan
pada 18 Mac lalu mengarahkan Ahmad Said dan agensi kerajaan tersebut
meminta maaf di mahkamah terbuka dan mengeluarkan kenyataan maaf dimuka
hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat hari daripada perintah tersebut.
Walaubagaimanapun,
kedua-dua defendan Ahmad Said dan agensi tersebut tidak mengeluarkan
sebarang kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris
tersebut.
Pemimpin
PKR tersebut menerusi peguamnya Sankara Nair telah memfailkan
permohonan untuk mendapat kebenaran menyebut Ahmad Said dan kerajaan
Malaysia kerana melanggar perintah Mahkamah di pejabat pendaftaran
Mahkamah Tinggi pagi ini.
Untuk
menyokong afidavitnya, Khalid menegaskan ia bukan suatu yang mustahil
daripada segi undang-undang kedua-dua defendan tersebut menyiarkan
permohonan maaf didalam dua akhbar tersebut.
“Ia
tidak mustahil daripada segi undang-undang, mereka telah lakukannya
sebelum ini. Mereka boleh lakukannya tetapi mereka tidak lakukannya,”
kata Sankara kepada pemberita disini.
Abdul
Khalid telah memfailkan saman fitnah pada 27 April 2009 ekoran
kenyataan Ahmad Said pada 20 Februari tahun sama yang mana dilaporkan
media dengan mengatakan SPRM memiliki “bukti kuat” Abdul Khalid telah
menyalahguna dana kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya dan
membeli 46 lembu korban bernilai RM10,400 untuk sambutan Hari Raya
Korban pada 2008.
SPRM
membersihkan Abdul Khalid daripada tuduhan tersebut pada Februari 2010
dan tidak pernah mendakwa menteri besar Selangor itu.
Pada
19 Mac, Ahmad Said membaca kenyataan maafnya di mahkamah: “Saya, Datuk
Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan, secara ikhlas meminta maaf kepada
Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari
2009 yang telah dilaporkan media.
“Kenyataan
tersebut dibuat atas kapasiti saya sebagai ketua SPRM pada ketika itu.
Ia dibuat bagi menjawab soalan yang ditanya kepada saya oleh wakil media
terhadap perkembangan siasatan SPRM keatas Abdul Khalid,” tambah
beliau.
“Saya membuat kenyataan tanpa niat tidak baik dan tanpa sebarang niat untuk menjejaskan reputasi, imej dan integriti plaintif.”
Sankara
juga menerangkan pada 26 Mac lalu, tiga hari selepas tamat tempoh untuk
meminta maaf, pejabatnya menerima sepucuk surat daripada Pejabat Peguam
Negara (AGC) untuk permohonan mengubah perintah mahkamah dan
mendapatkan lanjutan tempoh tarikh untuk meminta maaf.
Peguam
juga menambah perkara ini timbul walaupun beliau telah mematuhi aduan
awal defendan yang mengatakan mereka masih belum menerima perintah yang
dimerterai daripada keputusan mahkamah tentang kes tersebut sehari
sebelum.
Beliau
berkata telah memeterai perintah keatas defendan pada 25 Mac lalu,
sekali gus memberi mereka lanjutan masa selama dua hari daripada tarikh
akhir 23 Mac untuk memohon maaf.
“Jadi, mereka sepatutnya mematuhi pada 28 Mac... Tetapi, walaubagaimanapun mereka tidak, “ kata Sankara lagi.
Sankara
turut menambah mengatakan pihaknya juga telah memfailkan afidavit
jawapan pada hari ini terhadap permohonan daripada AGC untuk melanjutkan
tarikh akhir dan bertentangan dengan perintah mahkamah.
“Apa
yang mereka minta ialah lanjutan masa kerana mustahil untuk memenuhi
tempoh masa itu... dan kedua, mereka mahu untuk mengubah perintah itu
kerana ia tidak perlu berada dimuka hadapan - ia seharusnya berada di
dalam mana-mana halaman,” katanya lagi.
Tetapi
Sankara menjelaskan dalam afidavit dimana pihak defendan sudah
bersetuju dengan perintah mahkamah sebelum ini dan sepatutnya membantah
di hadapan mahkamah pada masa itu apabila keputusan itu dibuat.
Beliau
menegaskan bahawa perintah mahkamah adalah “undang-undang munasabah”
berasaskan dua sebab - kedua-dua akhbar The Star dan NST adalah milik
kerajaan dan dalam kes berasingan pada 4 September 1998, pihak kerajaan
telah pun menerbitkan afidavit permohonan maaf oleh Ketua Polis Negara
Tan Sr Musa Hassan dihadapan semua akhbar utama.
“Jadi jelas, mereka boleh melakukannya, mereka mesti melakukannya, mereka mesti mematuhi ... ia tidak menghormati mahkamah.
“Oleh itu, saya terpaksa memfailkan permohonan untuk menyebut mereka sebagai menghina,” kata Sankara
0 orang berkata:
Post a Comment