Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 17, 2013

Suhakam : Polis Mengguna Kekerasan, Langgar Hak Berhimpun dan Kebebasan Media - By Afeeqa Afeera

 
keganasan-polis-BERSIH-3

KUALA LUMPUR, 17 APR : Polis didapati melakukan kekerasan terhadap peserta himpunan Bersih 3.0 dan bertindak menghalang petugas media daripada membuat liputan acara tersebut kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) hari ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, kebanyakan peserta juga telah dikasari sepanjang jalan ke kawasan pengumpulan tahanan di Dataran Merdeka walaupun tiada bukti mereka melawan atau bertindak agresif terhadap anggota polis.

“Peserta perhimpunan tidak diberikan masa yang mencukupi dan munasabah untuk bersurai dalam keadaan yang teratur dan selamat.

“Sebaliknya, amaran bersurai hanya diberikan sebelum tembakan meriam air dan gas pemedih mata yang pertama dan tidak dilakukan selepas itu.

“Terdapat juga peserta yang ditahan oleh kakitangan polis semasa mereka berada di dalam premis tertentu walaupun mereka telah meninggalkan kawasan perhimpunan,” katanya ketika membaca laporan siasatan awam Suhakan tentang himpunan tersebut.

Tambahnya, terdapat cubaan daripada pihak polis untuk menghalang media daripada membuat liputan dengan bertindak merampas peralatan, memadam gambar yang diambil selain menahan atau mengasari mereka.

Katanya, panel mendapati tiada sebarang bukti sama ada secara lisan atau audio-visual yang membuktikan anggota media bertindak atau melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai melampaui peranan mereka.

“Panel mendapati bahawa polis bertindak dengan niat tidak baik, malah tindakan mereka menunjukkan bahawa terdapat usaha yang disengajakan utk menyekat pihak media membuat laporan.
“Cubaan menghalang pihak media daripada melaksanakan tanggungjawab mereka jelas sekali melanggar hak untuk bersuara dan kebebasan media,” tegasnya.

Kejadian-kejadian ini menunjukkan polis tidak mencerminkan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun.

Menurut panel siasatan, polis juga didapati tidak membantu atau menyudahkan penyuraian para peserta semasa perhimpunan itu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 APA 2012.

Selain itu, kesemua peserta yang ditahan PULAPOL juga tidak dimaklumkan sebab mereka ditahan dan dinafikan hak untuk mendapatkan akses guaman.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya memainkan peranan lebih besar dalam memudahkan lalu lintas dengan membuka lebih banyak jalan di dalam dan sekitar bandaraya, kata panel itu.

Siasatan terhadap perkara itu mula dijalankan ahli panel bermula 5 Julai 2012 dan berakhir pada 10 Januari 2013.

Ia bertujuan mengenalpasti perlanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Secara keseluruhan, seramai 49 orang saksi merangkumi orang awam, kakitangan media, polis dan profesional telah memberi keterangan di hadapan panel enkuiri yang turut disertai Pesuruhjaya, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi dan Datuk Detta Samen.

Panel siasatan turut mengkritik pihak polis yang gagal mengambil tindakan terhadap beberapa kumpulan yang melakukan protes di hadapan kediaman Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.

Protest tersebut secara terang-terangan mencemari hak privasi, kebebasan peribadi dan keselamatan beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.