Wednesday, April 3, 2013
Bekas Pemuda UMNO Dirai Oleh Sekteriat PR Parit Dan Pekida..Sanggup Hadapi Rintangan
Beliau sebelum ini diugut oleh pihak Umno kerana menaikkan bendera PAS di kampungnya menyedari bahawa perjuangan UMNO adalah jauh tersasar daripada membela nasib rakyat.Ridzuan yang memasuki UMNO atas semangat untuk membela ekonomi dan nasib bangsa merasa kecewa kerana faktor faktor utama yang memgagalkan pembelaan nasib rakyat ini adalah disebabkan oleh pemimpin UMNO sendiri.Diperingkat cawangan lagi telah kelihatan pemimpin Umno tempat berlumba lumba untuk membolot kekayaan untuk diri sendiri.Pemimpin UMNO membahagikan kekayaan dan tanah negara dikalangan mereka sahaja dan melupakan hak hak rakyat miskin. |
Pengerusi Pekida Perak Turut Sama Hadir Untuk Beri Sokongan |
Pihak Sekteriat PR Parit dan Pekida telah mengambil inisiatif untuk meraikan mereka ini dalam suatu jamuan ringkas yang turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim, Calun DUN Bota.Saudara Ridzuan dan rakan rakan turut diperingatkan tentang tindakan tindakan yang bakal diambil oleh UMNO akibat penghijrahan beliau ini oleh ahli ahli Pekida dan mereka sedia memberi bantuan sekiranya terdapat ancaman ancaman yang dialami oleh pemuda pemuda ini.
0 orang berkata:
Post a Comment