EU gesa Mursi dibebaskan
BRUSSELS - BELGIUM. Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine
Ashton mengakui berasa kesal kerana tidak sempat bertemu Presiden
Mohamed Mursi semasa rangka lawatannya ke Kaherah satu ketika dahulu dan
menggesa supaya pemimpin itu dilepaskan dari tahanan sejak
penggulingannya pada 3 Julai lalu.
“Saya percaya yang beliau perlu dilepaskan. Saya juga pasti beliau kini dalam keadaan baik dan teringin mahu berjumpa dengannya,” katanya semalam kepada wartawan.
Beliau membuat pertemuan dengan tokoh kanan Ikhwanul Muslimin, Amr Darrag dan Brussels sendiri menawarkan cadangan bagi menyelesaikan krisis politik di Mesir.
Ashton turut menawarkan EU sebagai pengantara bagi menyelesaikan konflik Mesir.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam berkata, adalah terlalu awal ketika ini bagi meramalkan masa depan mesir.
“Cara pemerintahan dan kestabilan perlu dipulihkan segera. Hak rakyat juga sepatutnya dilindungi seupaya negara mampu berjalan seperti biasa,” kata Kerry semalam.

0 orang berkata:
Post a Comment