Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gambar Membawa Keinsafan

>> 27.5.12

Gambar Membawa Keinsafan
, 0 comments

Sunday, May 27, 2012

Gambar Muda-Mudi Ahlus-Sunnah Malaysia ...?

Gambar Muda-Mudi Ahlus-Sunnah Malaysia ...?
Contoh terbaik didikan UMporNO ...?

Sumber gambar: http://separuhjingga.blogspot.com/2012/05/ini-dia-aktiviti-belia-dan-beliawanis.html

MASALAH AIR UMNO PUKUL UMNO

Artikel Anda Di BlogList Malaysia


Anda punya komen, artikel atau apa saja tentang situasi politik semasa? Hantarkan kepada kami. Kami akan paparkan untuk tatapan semua. Emailkan ke jeebond@gmail.com
_____________________________________________________

27 May 2012

Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan Umno/BN

Kalau rakyat Malaysia pergi ke Parlimen mendengar wakil-wakil rakyat Bn berhujah di dalam dewan, anda semua mesti kata ... “ patut la YB-YB Bn pun membentangkan hujah-hujah yang tak berkualiti, sebab menteri mereka pun bodoh macam tu jugak...”

Kalau tak percaya... boleh tanya Nazri Aziz. Ahli-ahli parlimen Bn, sudah biasa panggil beliau ‘chief’. Beliau selalu naik angin bila melihat ahli-ahli parlimen BN yang pemalas, tak buat homework, pembentangan hujah yang bodoh, pemalas, tak hadir sidang parlimen dan sebagainya. Malah beliau juga memuji YB-YB Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan hujah-hujah bernas demi kepentingan Rakyat dan senantiasa membuat homework sebelum dibentangkan di Parlimen.


Hujah Tengin Noh Omar

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan Khalid Ibrahim tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh Omar berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor ialah rizab air Air Terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Oleh itu, Noh Omar berkata beliau sanggup menerima cabaran MB Selangor, Khalid Ibrahim supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Kenyataan bodoh Noh Omar ini membuktikan beliau sendiri yang cuba bermain politik. Khalid Ibrahim sudah awal-awal lagi telah membuat kenyataan mengenai lebihan Rizab air dan masalah air terawat dalam Berita Harian bertarikh 02 November 2011.


Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan BN

Akibat tidak menggunakan akal, Noh Omar membongkarkan Konspirasi kerajaan UmnoBn dalam isu air di Selangor. Air Terawat adalah tanggungjawab SYABAS yang mana ia adalah sebuah syarikat kroni UmnoBn. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad ("PNHB") yang memegang 70%.

Yg Bhg Tan Sri Rozali Ismail adalah pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Kumpulan dan pemegang saham utama Puncak Niaga. Beliau ini dikenali memang cenderung kepada kerajaan UmnoBn.

SYABAS telah diberikan konsesi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan, merawat, mengendalikan dan mengedarkan kualiti air yang bersih bagi tempoh tiga puluh tahun, bermula pada 1 Januari 2005.

Dengan pengakuan Noh Omar, terbukti sudah SYABAS telah bersekongkol dengan kerajaan UmnoBn untuk menyusahkan Rakyat di Selangor dengan tidak memberikan bekalan air terawat yang mencukupi.

Inilah dia sikap Noh Omar yang buat-buat tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik, dengan menyusahkan rakyat Selangor, dengan harapan Rakyat marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi... Rakyat bijak menilai, dan tahu apa yang perlu dilakukan semasa Pilihanraya nanti demi kesejahteraan hidup mereka sendiri, bukannya kesejahteraan dan kemewahan hidup pemimpin-pemimpin UmnoBn.... yang membiarkan Rakyat menderita menghadapi keperitan hidup.

Dipetik dari - http://reformisanakmuda.blogspot.com/

DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2012
DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal muncul sebagai pilihan raya paling ganas dalam sejarah akibat keadaan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk kekal kuasa tanpa mengira apa kaedah untuk memperoleh undi dan sokongan rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ungkapan "dahsyat iaitu kalau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", menunjukkan Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan dalam arena politik.


"Seruan Najib pada hari itu membuktikan bahawa bahasa keganasan bukan sekadar terhad kepada kata-kata tetapi sudah pun menjadi tindak-tanduk samseng yang ganas dan tidak berakal," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Sehubungan itu kata beliau, DAP mahu mengingatkan agar BN mengambil iktibar daripada taktik-taktik keganasan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terhadap rakyatnya yang akhirnya telah gagal dan ditolak.


"Rakyat sudah tidak takut dengan taktik-taktik penindasan kerana mereka mahukan kebebasan," katanya lagi.


Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun keganasan penyokong-penyokong Umno terhadap para pemimpin dan penyokong PR sudah dibuktikan dengan gambar dan rakaman video, mereka yang bertanggungjawab masih belum didakwa di mahkamah.


"Malah penyokong-penyokong Umno yang dirakam memukul dan mencederakan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang dalam dua insiden pada Julai lepas dan 26 Februari lalu juga tidak didakwa," katanya dengan merujuk kepada insiden ketika ceramah perdana PKR di Lembah Pantai, Khamis lalu.


Selain itu, Guan Eng juga pihaknya mengecam keganasan bersiri dalam tempoh beberapa minggu lalu ketika acara-acara Pakatan Rakyat, yang membabitkan pemimpin-pemimpin PR di Felda Lepar Hilir, Pahang; Sembrong Johor, Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Merlimau, Melaka; Pekan Bangi, Kuala Kangsar dan di Pengerang, Johor.


Katanya, kegagalan polis dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas samseng-samseng di kalangan penyokong BN hanya akan menggalakkan lebih keganasan terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR.


"Ini membuktikan bahawa kerajaan BN tidak berminat dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tetapi ingin menyemai ketakutan dan sanggup mempertikaikan demokrasi.


"DAP menyatakan kebimbangan untuk keselamatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi sasaran utama ahli-ahli Umno.


"Adakah pemimpin-pemimpin PR, termasuk Ketua Menteri dan wakil-wakil rakyat, perlu dicederakan sebelum apa-apa tindakan diambil untuk melindungi mereka bagi memastikan kempen politik yang bebas daripada keganasan?" katanya lagi.

BALA

27 Mei, 2012

Sebenarnya 4 Parah Dan 17 Cedera Di Tragedi Himpunan Jutaan Belia

PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.


Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. ~bernama

Apabila Ketua Pelacur Ini... Klimaks... hahaha..!!!!

>> Sunday, May 27, 2012



Apabila Pelacur Politik ini klimaks... hilang segala nilai dan akhlak seorang perempuan. lantas menyerlahkan akhlak sebenar seekor Betina.... hahahaha...!!!!

Apa bezanya Perempuan dengan Betina..???

"Perempuan menjaga maruah, tetapi Betina menjualnya."

Maka tidak hairanlah jika Betina ini mendapat gelaran "Ketua Pelacur Wanita Umno Cawangan Lorong Haji Taib".... muakakakakaaaaa....

ISA

Ahad, 27 Mei 2012

Skandal Scorpene: SUARAM Bongkar Lampiran Tertulis 'C4' Dalam Sampul Surat!


Nota: Hasilsidang media SUARAM jam 1 tengahharitadidiDewanPerhimpunanCinaSelangordanKualaLumpur, JalanMaharajalela, diibunegara.

(Gambar: PengerusiSUARAM, Dr KuaKiaSoong, PengarahSUARAM, Cynthia Gabriel danpeguamPerancis yang dilantik, Joseph Brehem).

Awalmingguini, sebuahakhbardiHong Kong telahmendedahkan 'skandal kapalselamScorpene yang mengaitkanPerdanaMenteri NajibAltantuya, kawankaribBagindaRazak sehinggapenterjemah Mongolia, AltantuyaShaariibuudibunuhdengankejampada 2006.

Dalamlaporanberita, yang telah dipetikolehbeberapa blog di Malaysia, NajibAltantuyatelahdigambarkansebagaipelakuutamadisebalikkonspirasiuntukmenyendokikomisen yang besardaripadapembelian 2 kapalselamdari DCNSPerancis, pembuatsenjatauntukkerajaan Malaysia.

BeliaujugadikaitkandalampembunuhanAltantuya, dimanaduabekaspengawalperibadibeliautelahdihukumgantungmanakala RazakBaginda kontroversidibebaskan.

AkhbarHong Kong jugamelaporkanbahawamahkamahPerancistelahmemanggilNajibAltantuyauntukmemberiketerangansebagaisaksidalamperbicaraankesrasuah yang difailkanolehSUARAM Malaysia terhadapDCNS.

Altantuyaberusia 28 tahun, dipercayaitelahbercintadengankedua-duaNajibAltantuyadanRazakBaginda, adalahpenterjemah yang telahdibunuhkeranaperanannyasebagaiorangtengahdalamkesitu, dimanaNajibAltantuyadanRazakBagindatelahdituduhmengumpulsogokanharambernilailebihdaripada RM500 juta.

Diaditembakdikepaladalamhutan yang dibersihkan di Malaysia padatahun 2006 danmayatnyadibomdenganbahanletupan C4 gredtenterauntukmencegahdaridikenalpasti.

Lebih banyak dana diperlukan untuk kuku pesalah-pesalah

Sementaraitu, SUARAMtelahmengumumkanbahawaiaakanmelancarkan Ops Scorpene 2.0 untukmengumpuldanauntukmelawanDCNSdimahkamahPerancis. Ia telahmengeluarkankenyataandibawah.

"SUARAMberharapbahawadenganbermulanyakesKapalSelamdiPerancis, kitabolehmenghantarsatumesej yang jelasbahawarakyat Malaysia tidakakandudukdanmenerimaahli-ahlipolitikkorupdanaktivitirasuah yang berleluasadi Malaysia.

Skandalkomisenkapalselam, salahsaturompakanterbesar Malaysia dalamzamanmoden, bukansatusatuisutetapimencerminkanpenyalahgunaanmeluaspentadbiranBarisanNasional (BN) denganlingkarankesan domino, bagaimanacukaipembayarwang yang telahdigunakandandisalahgunakan.

SUARAMadalahsebuahpertubuhanhakasasimanusia, yang dikenaliuntukbersuaratanpatakutdalammempertahankanhakasasimanusia, tadbirurus yang baikdansebuahmasyarakat yang terbukadanbertanggungjawab.

Kamimeneruskankesmahkamahuntukmendapatkankebenarandankeadilanuntukrakyat Malaysia yang wang yang telahdisalahgunakan.

Selamalebih 20 tahunSUARAMtelahbekerjauntukmendedahkanamalanrasuah, tadbirurus yang lemahdanmemperjuangkanhak-hakmanusiasebelumkeuntungan.

Jadiuntukmeneruskanperjuanganuntukmembongkarskandaldisebalikpembeliankapalselam, danmenurutkes yang sedangberlakudiPerancis, SUARAMperlubanyakbantuandandermadaripadarakyat Malaysia.

Kempeniniperluditeruskantanpasebaranggangguandandengansokonganpenuhrakyat Malaysia.

Kosadalahsangattinggidanakankekalsedemikianrupauntukbeberapatahunakandatangsehinggakesitudilupuskandankebenaranmenguraikan, sekalidanuntuksemua. "

Mengumpul dana kempen Kedua

Ops Scorpene 2.0 adalahkempenkutipandermadankesedarankedua (yang pertamaadalahpadabulanJulai 2011) untukterusmengejardanmenanggungperbelanjaankesitudimahkamahPerancis, yang telahmeningkatkepadamenjadisatuisubesar yang melibatkankepentingannegaradanrakyat.

Ia bertujuanuntukmemupukkesedarandikalanganrakyat Malaysia untukmempersoalkanperbelanjaanpersenjataandanketelusandalamperolehansenjatanegara.

Majlismakanmalamtersebutakandiadakanpada 15 Jun 2012, 7.30 petangdiDewanSivikMBPJ, PetalingJaya, Selangor.

Ops Scorpenebertujuanuntukmengumpul RM300 ribu darimakanmalamkutipandanainidanakandigunakanuntukmenanggungyuranguamanpeguam yang bekerjauntukmemastikankejayaankesitu.

Cynthia Gabriel dariSUARAM, Joseph Breham, salahseorangdaripada 2 peguamPerancis, danpemimpin-pemimpinpolitiksepertiSaudara Mat Sabu, AhliParlimenTianChuadan Tony Puaakanmenanganiperkembanganterkinidisekitarkesitu.

TerdapatjugabeberapapersembahandangeraiuntukNGOuntukmendapatkanmesejdankempenmerekakehadapan (tatalkebawahuntukbutir-butir event).

Bagaimana ia bermula

Pada 5hb Jun 2002, Kerajaan Malaysia telahmenandatanganiperjanjiandenganDCNSdariPerancisdanNavantiadariSepanyoluntukperolehanduakapalselamkelasScorpene .

Kontrakperolehansecararundinganterusdengansyarikat-syarikatpembuatan, denganperkhidmatanPerimekarSdnBhd. RazakBagindaadalahpemiliksyarikatPerimekar.


Menurut kepada penjelasan Kerajaan, kontrak itu dibahagikan kepada dua bahagian:

Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi Sokongan Logistik Bersepadu dan latihan yang berjumlah Euro 969.15 juta (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib Altantuya memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos Euro 999.15 juta)

Pembayaran kepada Perimekar Sdn Bhd di atas nama "perkhidmatan koordinasi" untuk tempoh enam tahun, jumlah wang itu ialah Euro 114.96 juta.

Dengan kadar pertukaran pada masa itu, kos adalah bersamaan dengan:

Pembayaran bagi kos kapal selam antara: RM 2.14b (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - RM 5.43b (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)

Suruhanjaya: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran dilakukan)

Aduan yang difailkan dalam harapan memulakan siasatan

Pada 23 Disember 2009, SUARAM melalui rangkaian di Perancis menghubungkannya dengan hak asasi manusia peguam terkemuka di Perancis, memfailkan aduan dengan sistem kehakiman Perancis, dengan harapan bahawa suatu penyiasatan awal akan dimulakan.

Ini dilakukan untuk membolehkan akses kepada maklumat, kepada kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan Perimekar dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan di Malaysia.

Pada April 2010, peguam yang mewakili SUARAM dimaklumkan bahawa mahkamah telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah bagi pembayaran berjumlah 114 juta Euro yang dibuat sebagai komisen dari DCNS kepada Perimekar.

Perancis, mengamalkan sistem Undang-undang Sivil di mana seorang hakim memikul peranan pengadil melit dan penyiasatan, sehingga jauh disimpan penemuan siasatan sulit.

Walau bagaimanapun, peguam SUARAM telah dimaklumkan bahawa penyiasatan akan datang berakhir, dan perlu berpindah ke perbicaraan penuh selepas ia memutuskan sama ada atau tidak terdapat keterangan yang mencukupi untuk meneruskan perkara itu di mahkamah terbuka.


Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002.

Mahkamah kelas pertama: Saksi-saksi termasuk Najib dicadangkan

Suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002, bermula pada 19 April 2012 (Khamis) di Paris Tribunal de Grande instance (TGI), yang dikenali sebagai ijazah mahkamah pertama yang berkaitan dengan perkara-perkara litigasi sivil.

Penyiasatan ini akan dijalankan di hadapan dua hakim, Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tournaire.

Pada 20 April SUARAM telah diwakili oleh Dr Kua Kia Soong (Pengarah dan salah satu pengasas SUARAM), diikuti oleh Cynthia Gabriel (Ahli Sekretariat) dan peguam Fadiah Nadwa dari Lawyers For Liberty (LFL).

Mereka muncul di hadapan Hakim Roger Le Loire dengan peguam Joseph Breham.

Dr Kua membentangkan kes bagi SUARAM, menyematkan harapan pada pendengaran kehakiman di Perancis selepas percubaan mengecewakan lebih pembunuhan Altantuya, siasatan SPRM tidak berkesan, penindasan maklumat di Malaysia dan kekurangan ketelusan dalam soalan-soalan parlimen ke atas komisen Scorpene.

SUARAM sewajarnya dicadangkan maka Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi , PI Balasubramaniam, bapa Altantuya, Setev Shariibuu; Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan sebagai saksi yang berpotensi sebagai saksi utama.

Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dicapai untuk SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS.

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses.

Manakala SUARAM tidak mampu untuk mendapatkan satu salinan keras dan mengedarkan salinan sekitar, Walau bagaimanapun berhak kepada pandangan yang penuh dengan dokumen dan dapat memetik daripada mereka kepada media dan orang ramai.

Penemuan baru

Pada PC SUARAM mendedahkan baru mendedahkan dan penemuan dalam:

a. Dokumen 87

b. Dokumen 144

Dokumen 87

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada Arnaud Dubus, Sk kepada BAIOCCO dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.

Encik DuPont terperinci kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.

Sampul surat dengan sub folder bertajuk 'C4'

Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011.

Sampul surat yang terkandung mengandungi:

- Satu folder sub bertajuk "C4"

- Satu folder sub bertajuk "invois"

- Fail dalam format PDF

- Sebuah pemacu mudah alih USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro359,450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

"Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.


Terjemahan: Permintaan Razak jika yang SF boleh diambil kira agak segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.

Waris-Najib dan Baginda?

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Ia telah menjadi jelas bahawa ini menjadi salah satu rompakan kerajaan Malaysia ke atas rakyat!

Ia tidak lagi hanya Euro 114.9 juta komisyen kepada Perimekar yang membentuk asas aduan kepada Mahkamah Perancis yang berada dalam soalan.

Ia telah diperbesarkan ke dalam syarikat pelancongan yang melibatkan membunuh syarikat yang ditubuhkan untuk merumitkan penyembunyian rompakan terang-terangan wang pembayar cukai Malaysia dan Perancis '.

Lebih banyak-komisen retro telah muncul membenarkan penyalahgunaan badan-badan seperti dana haji (Lembaga Tabung Haji) dan dana pencen tentera (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

CAKAP TAK SERPA BIKIN

Sunday, May 27, 2012

Inilah Kepala Hantu Dan Penghulu Jin Yang Akan Pastikan BN Menang Di PRU13 Nanti

Cuba perhatikan kata-katanya dengan teliti dan perhatikan apa yang tersirat.


SPR: Keputusan kajian Merdeka Center tidak mencerminkan semua rakyat Malaysia
May 27, 2012

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak hasil sebuah kajian bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses di negara ini, dengan alasan saiz sampel yang digunakan “terlalu kecil dan rawak” untuk mewakili semua rakyat Malaysia.
 
SPR Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.


Kajian yang diumumkan pada hari Jumaat oleh Merdeka Center mendapati bahawa 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya diadakan, manakala 48 peratus bersetuju bahawa daftar pemilih sekarang tidak tepat.

Tetapi Wan Ahmad menegaskan bahawa 1019 pengundi berdaftar yang ditemuduga tidak mewakili semua rakyat Malaysia dan oleh itu tidak mempunyai kaitan dalam pilihan raya umum akan datang.


“Mereka hanya menyoal 1000 orang; 48 peratus adalah hanya sekitar 480 orang. Ia tidak menggambarkan majoriti rakyat Malaysia,” Wan Ahmad memberitahu The Malaysian Insider.
“Dalam mana-mana proses pilihan raya, pasti ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sebagai contoh, calon yang kalah dalam pilihan raya sudah tentu tidak akan puas hati dengan sistem pilihan raya,” ujar beliau.

Beliau berkata bagi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum akan datang, mereka boleh memfailkan petisyen secara rasmi di mahkamah.


“Untuk maklumat anda, 99 peratus daripada kes tersebut telah kalah,” tambah beliau.

Beliau juga berkata bahawa kajian yang “rawak” itu menyebabkan penyelidik mendapat responden yang tidak boleh dipercayai serta dari pelbagai latar belakang.


“Bagi kajian yang benar-benar mencerminkan semua rakyat Malaysia, kita perlu tahu latar belakang orang yang menjawab kaji selidik.

“Entahlah siapa 1,000 responden itu. Penyelidik mungkin hanya menghubungi responden melalui telefon. Ada responden yang memahami soalan, ada yang tidak. Mereka yang tak faham, akan jawab apa-apa sahaja.


“Lebih baik jika Merdeka Center menyoal pengundi yang baru sahaja membuang undi mereka, bukannya menemuduga rempit dari tepi jalan,” katanya.


Tetapi Wan Ahmad berkata SPR mengalu-alukan hasil penyelidikan itu kerana ia mengesahkan rakyat Malaysia benar-benar mahu pilihan raya yang bersih dan adil.

Sejak kebelakangan ini, SPR menerima kritikan daripada pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang menyatakan ia gagal menunjukkan komitmen dalam melaksanakan pembaharuan untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini benar-benar bebas dan adil.


SPR terus menjadi sasaran kritikan walaupun Parlimen telah luluskan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya.


Menurut kumpulan pemerhati pilihan raya, Bersih 2.0, SPR tidak komited dalam melaksanakan 22 cadangan sebelum pilihan raya umum ke-13 dipanggil.


Tetapi Wan Ahmad berkata kritikan NGO serta kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan SPR tidak membawa sebarang faedah.


“NGO ini lebih suka memanggil sidang akhbar dan menghina SPR. Ini tidak membantu. Mereka harus berjumpa dengan SPR, membentangkan penyelidikan mereka dan bekerjasama dengan SPR untuk membersihkan daftar pemilih.


“SPR dan NGO tidak harus menjadi musuh yang hanya mengkritik antara satu sama lain. Jika mereka temui sebarang penyelewengan, mereka perlu berjumpa dengan SPR dan menerangkannya, bukan menggunakan data untuk mengkritik kami,” katanya.


Beliau juga menegaskan bahawa SPR sedang berusaha dengan sedaya upayanya utuk memperbaiki daftar pemilih dan melaksanakan cadangan PSC.

“Orang ramai tidak memahami kekangan SPR — kekangan undang-undang, rakyat Malaysia yang tidak mengemaskini alamat mereka, serta rakyat Malaysia yang mendaftar di kawasan-kawasan lain.


“Namun, kami lakukan kerja kami dengan jujur. SPR mempunyai maruah, dan kami akan terus komited ke arah membersihkan daftar pemilih,” katanya.


Pada 28 April, Bersih 2.0 menganjurkan satu perhimpunan raksasa untuk menuntut pilihan raya yang adil serta peletakan jawatan SPR. Kumpulan itu berjaya menarik puluhan ribu peserta ke jalan-jalan di ibu kota untuk menyokong tuntutannya.


Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan pertamanya pada tahun 2007 dan pemerhati kemudiannya berkata ia adalah punca BN mengalami kekalahan teruk semasa pilihan raya 2008.


Perhimpunan Bersih pada 9 Julai tahun lepas juga telah menarik beribu-ribu orang, tetapi seperti acara 28 April baru-baru ini, polis rusuhan telah campur tangan dan menghalau perusuh dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Jawatan MB: Tawan Kedah dulu, kata Mukhriz
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
KUALA NERANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta agar khabar angin yang beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dihentikan kerana ia terlalu awal untuk dikatakan.
  
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata BN perlu menang dahulu dalam PRU13 dan selepas itu baru boleh bercakap siapa yang akan menjadi Menteri Besar (MB).
  
"Tak guna kita cakap mengenai jawatan MB sekiranya BN belum lagi menang dan pilihan raya pun belum diadakan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Kedah 2012 di sini hari ini.
  
Khabar angin mengatakan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU-3 dan jika BN menang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar.
  
Beliau berkata untuk menang bukan seorang saja yang perlu menang tetapi memerlukan majoriti dalam kerusi DUN untuk mendirikan kerajaan di peringkat negeri.

Katanya, beliau bukanlah orang yang suka berebut jawatan serta tanggungjawab yang berat tetapi bersedia menerima apa saja keputusan pimpinan tertinggi.   


"Saya ni stail orang lama...tolak menolak. Bagi orang lain pi (naik) dulu la. Saya sanggup bantu di sebalik tabir. Tak kiralah apa pun tempat yang diletak oleh Perdana Menteri, yang itu saya terima.

  
"Jadi saya tak berharap sangat kerana orang yang berharap mudah kecewa. Jadi saya tak mau kecewa dan tak berharap. Tapi kalau dapat (jawatan) saya ingat boleh terasa beratnya tanggungjawab yang akan dipikul," katanya.
  
Mukhriz berkata soal sama ada calon Menteri Besar adalah dari golongan muda atau sebaliknya tidak perlu timbul kerana kajian mendapati kriteria yang paling penting untuk memilih pemimpin adalah soal mudah didekati.
  
"Contohnya kita tonjolkan seorang pemimpin muda tapi dia tak mudah didekati walaupun untuk masyarakat muda, jadi dia akan ditolak dalam pilihan raya kelak. Selain itu calon itu perlulah mampu selesai masalah kerana jika orang lama pun tapi mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah, dia pun mungkin akan
dipilih," katanya. 
  
Beliau berkata apa yang penting sekarang ini ialah BN perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan parti lawan dan menawan semula Kedah.
  
"Dalam soal MB ni, tak perlu ditimbulkan kerana saya takut juga ada pihak yang menimbulkan agenda tersendiri, saja nak lagakan kita.
  
"Baru-baru ini pun ayah saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pesan kepada kita supaya jangan cantas mencantas sesama kita. Jadi, bila dah timbul perkara-perkara seperti ini seolah-olah kemenangan itu dah ada dalam tangan kita. Itu belum tentu lagi... kena berusaha lebih banyak," katanya.  – Bernama

Sabtu, 26 Mei 2012

Presiden Mesir: Wakil Ikhwanul undi terbanyak, keputusan 'terikat'


Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Mohammed Mursi, wakil Ikhwanul Muslim dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq akan bersaing di pusingan kedua pemilihan presiden yang pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan.

Dalam pusingan pertama pemilihan yang berakhir kelmarin, Mohammed berada di depan dengan memperoleh 25.3 peratus undi manakala Ahmed, bekas anggota pentadbiran Hosni, memperoleh 24.9 peratus undi.


Kemunculan mereka di tempat teratas mengingatkan kembali pertembungan dua kumpulan politik ketika Hosni memerintah negara itu.

Hosni digulingkan menerusi kebangkitan rakyat awal tahun lalu.

Pusingan kedua pemilihan akan berlangsung pada 16 dan 17 Jun.

Pengundian pusingan pertama berlangsung Rabu dan Khamis lalu manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada Selasa ini.

Jurucakap Ikhwanul Muslim berkata, Mesir akan berada dalam bahaya jika Ahmed menang pemilihan presiden.

Katanya, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan calon-calon lain untuk memastikan kemenangan di pusingan kedua.

Ikhwanul Muslim telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan mesyuarat hari ini.

Kempen kedua-dua pihak mendakwa bahawa masing-masing telah 'mencuri semangat' revolusi yang membawa kepada kejatuhan Hosni.

Jurucakap Ahmed, Ahmed Sarhan menggesa pihak-pihak yang prorevolusi agar mengundi calon mereka demi masa depan Mesir manakala Ikhwanul Muslim pula mahu membawa 'empayar' Islam.

Tamrin Kesal Dan Malu Dengan Budaya Samseng UMNO


VVateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya. -HD




BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN BN ?

'Rakyat menanti tarikh PRU13'
G MANIMARAN & NORSHAZURA MAT ZUKI
25 Mei 2012
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar percaya majoriti pengundi sudah membuat keputusan
dan menanti tarikh PRU13. - Foto ihsan Safwan Mansor
PUTRAJAYA - Di sebalik spekulasi berterusan berkenaan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar percaya bahawa para pengundi juga menanti tarikh hari penentuan untuk memutuskan mandat mereka.

Katanya, para pengundi berada dalam keadaan "lebih daripada bersedia" untuk menghadapi PRU13.


"Rakyat memang menunggu pilihan raya, dia dah bosan, rakyat dah bosan apa yang dia lihat sekarang... yang tidak bersedia pilihan raya adalah parti politik," kata beliau dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online di pejabatnya semalam.


Berkongsi pandangan peribadi berkenaan soalan ini, Wan Ahmad berkata, berdasarkan perbualan formal dan tidak formal di kalangan rakyat sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa pengundi sudah bersedia untuk menghadapi PRU13.


"Tetapi perasan saya, rakyat tanya soalan bila pilihan raya, (sama ada) di kedai kopi, perbincangan... dalam pemikiran tidak ada cerita lain, jadi saya rasa, rakyat (sudah) bersedia, lebih daripada bersedia.


"Cuma (persoalan sama ada) rakyat sudah buat keputusan siapa yang mereka akan pilih dalam pilihan raya, rakyat tahu," kata beliau apabila ditanya sama ada para pengundi sudah bersedia untuk berdepan dengan PRU13 ketika spekulasi menyebut ia kemungkinan besar akan diadakan akhir Jun atau awal Julai ini, dan jika tidak kemungkinan September.


Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April 2013.


Lazimnya, Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali Sarawak, akan dibubarkan jika Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen.


Pemerhati dan penganalisis politik berpandangan bahawa berbanding PRU yang lalu, pengundi-pengundi, yang jumlahnya lebih 12 juta orang sekarang, menanti kedatangan PRU13 dengan 'semangat'.


Beberapa pemerhati dan penganalisis melihat ia sebagai satu suasana yang berbeza berbanding Mac 2008 dan sudah bosan dengan terlalu banyak politiking.


Diminta mengulas hasil kajian terbaru mengatakan 40 peratus pengundi masih berada dalam kelompok 'pengundi atas pagar', Wan Ahmad berkata, "saya tidak kata setinggi itu."


"Secara peribadi... itu soal politik. Tetapi perasaan saya, rakyat Malaysia, majoriti adalah pengundi yang telah buat keputusan.


"Untuk kali ini mereka dah buat keputusan, kalau mereka anggota parti politik, bersama keluarga mereka, sekali gus mereka tahu siapa nak pilih," katanya lagi.


Beliau juga berkata, pengundi mempertimbangkan soal parti apabila membuat untuk mengundi dalam pilihan raya.


"Rakyat negara kita, kebelakangan ini sebenarnya memilih parti, calon bagi mereka adalah kalau dia dah pegang parti itu .. dia dah tidak kira calon, (calon dari) Kelantan bertanding di Johor, orang Kedah bertanding di Kelantan, tidak ada makna bagi dia. Logo parti dia nak conteng dan pangkah, itulah hakikat.


"Tetapi tidak dinafikan ada golongan yang buat keputusan semasa tempoh berkempen, tengok yang mana... golongan ini yang ini betul-betul atas pagar," kata beliau.


Oleh itu tambah Wan Ahmad, beliau tidak fikir golongan pengundi atas pagar "setinggi" yang dilaporkan menerusi hasil kajian baru-baru ini.


"Walaupun belia dan anak muda kita pertama kali mengundi pada pilihan raya ini melebihi dua juta orang, bukan semuanya belum membuat keputusan.


"Mereka ini mendaftar sebagai pengundi, mereka  mendaftar melalui parti politik yang menghubungi dan berjumpa dengan mereka, dan yang mendaftarkan mereka.


"Sekali gus mereka akan ada sentimen mereka kepada parti berkenaan walaupun mereka ada pengundi baru. Generasi muda, umur 22, 23 tahun terpengaruh dengan parti itu, dia akan daftar parti itu," katanya lagi.


Sambil mengulangi pandangan bahawa kebanyakan pengundi sudah pun membuat keputusan parti yang hendak diundi, Wan Ahmad berkata, rakyat negara ini adalah masyarakat bermaklumat.


"Dia tahu, kempen pilihan raya setiap hari sekarang ini melalui pelbagai cara, tidak ada perkara lain yang dibincangkan media cetak dan elektronik atau aktiviti ahli parti politik melainkan menjurus kepada PRU13, (jadi) ramai dah buat keputusan," katanya lagi.

May 25, 2012

Beza bergambar BERSIH RAKYAT dan 'BERSIH' palsu UMNO

Ini BERSIH Original dari rakyat.


Dah macam ayam daging pakai bikini dah gua tengok. Mak sape la ni. Panggil2la balik rumah.

Friday, May 25, 2012

NAJIB HANTAR SAMSENG GANGGU CERAMAH PR DILEMBAH PANTAI.

 

SAMSENG UMNO MELAMPAU!!! (Gambar) Adik 12 tahun patah tangan kena balingan batu


CERAMAH PR DILEMBAH PANTAI....... 
 
Walaupun dihujani dengan lontaran batu dan telur tembelang dari para penyanggak UMNO, bakal PM ke 7 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim teruskan juga pidatonya tanpa gentar, cuak, kecut dan takut... 
 
kalau takut pada risiko jangan berbicara mengenai perjuangan... beliau telah tunjukkan teladan... kata serupa bikin, bikin lagi serupa kata....lawan tetap lawan...
 
sampai Putrajaya dapat ditawan....persetankan cicak-cicak mengkarung yang membuat onar dan gangguan....
 
NAJIB TAK BERANI NAK BERDEBAT DENGAN DSAI.. JADI DIHANTAR PARA PENYANGGAK UPAHAN UNTUK MENGUJI DAN MENAKUT-NAKUTKAN DSAI........TAPI DIA SILAP ORANG BEB!!!!
Patutlah UMNO mengganas.. Rupa2nya dirasuk Jin dan syaitan yang dibawa Umi Hafilda.. Perempuan kecewa cintanya ditolak Anwar Ibrahim keh keh keh.


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.