Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAKSUD LANGGAR ARAHAN TENTU SALAH

SPRM: Beli bot ‘all weather’ tiada unsur seleweng tapi langgar Arahan Perbendaharaan

TERKINI @ 01:57:02 PM 02-11-2011
November 02, 2011
PUTRAJAYA, 2 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak wujud elemen penyelewengan dalam urusan pembelian bot aluminium ‘all weather’ oleh Jabatan Taman Laut merangkumi beberapa peralatan termasuk binokular yang dilaporkan 177 hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. 
 
Sebaliknya, menurut agensi antirasuah itu, perolehan tersebut telah dilaksanakan tanpa membuat kajian pasaran bagi memastikan perolehan dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan sehingga mewujudkan perbezaan harga pasaran dan harga kontrak sebanyak RM172,501.00.

“Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.

“Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pada sidang media di sini hari ini.

Shukri berkata, siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut mendapati kes berkenaan berlaku ekoran kecuaian dan kesilapan pegawai Jabatan Taman Laut kerana tidak melakukan kajian pasaran terhadap harga tender yang dibuat Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd.

“Berdasarkan laporan dan siasatan kami, tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang SPRM, tetapi terdapat penyelewengan daripada pihak syarikat, dan kecuaian pegawai Jabatan Taman Laut kerana tidak melakukan kajian pasaran terhadap sebut harga di dalam tender tersebut,” kata Shukri.

“Pihak syarikat telah mengambil kesempatan dengan memanipulasi harga barangan dalam pakej pembelian bot tersebut dengan meletakkan harga yang tidak munasabah.

“Bot tersebut dibeli secara pakej termasuk peralatan seperti teropong, komputer riba, mesin pencetak, dan TV LCD dengan harga RM7.51 juta,” katanya.

“Walaupun mereka mengeluarkan tender dengan harga terendah berbanding tender dikeluarkan kerajaan sebanyak RM10 juta, tetapi dari segi harga unit peralatan tertentu dilihat tidak munasabah,” jelasnya.

Menurutnya, harga pasaran bagi teropong malam itu hanya berharga sekitar RM5,000 tetapi syarikat tersebut meletakkan harga sebanyak RM100,000 untuk pembelian dua unit barangan tersebut.

Jelas beliau, harga itu adalah 177 hingga 2,805 peratuslebih tinggi berbanding harga pasaran.
Sehubungan itu, SPRM akan menghantar surat kepada Jabatan Taman Laut memintanya mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat kerana cuai dalam menjalankan tugas.

Selain itu, SPRM juga akan menggesa syarikat tersebut disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana melakukan penyelewengan dan mengambil kesempatan terhadap kerajaan.

“SPRM mencadangkan Jabatan Taman Laut supaya mengambil tindakan tegas terhadap pegawai terbabit kerana gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender dan menyenaraihitamkan syarikat tersebut kerana merugikan kerajaan,” katanya.

LIRIK LAGU BOB LOKMAN



2/11/11

Lirik lagu bakal meletup antara Bob lokman dan Jais...


Jais adalah..
Kisah double standard yang melampau...
Kenapa kita berjumpa...
Namun akhirnya bergolak....
Siang jadi hilang...
Ditelan kegelapan malam...
Hukum yang terpisasah...
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang tangan ghaibmu...
Salju terbakar kehangatan..
Dunia dipenuhi..
Warna nafsu yang jahil..
Kita yang terlena...
Sehingga kerajaan belum berubah..
Mentari menyepi..
Bernyalalah perjuangan Islam..

Dia Jais...
Lambang Islam yang porak peranda...
Terpisah kerana...
Politik yang berbeza..
Islam gugur bersama...
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku...
Terpisah dengan Jais..
Tapi aku terpaksa..
Demi cintaku pada Islam..
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku.
Akan terbentang jalan.
Andainya kau setia dgn Islam.
Oh! Jais....

ulang (3x)


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

NONE
“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama.

DIA SALAH SEBAB UNDANG-UNDANG AGAMA ISLAM SELANGOR

Bob Lokman rela ke penjara jika Jais buktikan dia bersalah

November 02, 2011
 
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.

“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

“Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima,” katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

“Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah,” tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

“Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka,” katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.
“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

KURANG LATIHAN

Koperal polis tembak diri sendiri

November 01, 2011
SEREMBAN, 1 Nov ― Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini, petang semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.

Dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, lapor Bernama Online.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.

NOH OMAR BOHONG ODIT BETUL

LOW STANDARD PUNYA MENTERI

Selasa, 1 November 2011

Jawapan Bodoh Noh Omar Mengenai Lembu-Lembu Anak-Anak Syahrizatt

Oleh: siasahkini
"Seorang lagi Menteri standard macam ini....

Aku sempat tenguk Noh Omar jawap soalan berkenaan isu Raja Lembu dan Lembu Lembunya dalam siaran Buletin Utama malam tadi..Inilah jawapan bodoh dari seorang Menteri/Ahli Parlimen yang menjawap dalam Parlimen bagi membela seorang Menteri  dan anak beranak nya yang terang terang menaghabiskan duitdan  menyalah guna kan kuasa


Beriya iya Noh Omaq mempertahankan bahawa NFC(National Feedlot Corp) mencapai sasaran 8,000 ekor tahun lalu sedangkan Laporan Ketua Audit 2010 baru baru ini mencatitkan cuma 3,289 ekor sahaja atau 41.5%.Sekolah mana Noh Omar belajar matematik bila pencapaian tidak sampai 50% ini dianggap satu KEJAYAAN???kah,kah,kah,

Yang paling bodoh seorang menteri nieh bila dia mempertahankan anak anak muda (ANAK ANAK SHARIZAT) dalam Parlimen konon nya pihak yang mempertikaikan projek ini saperti tidak mahu melihat anak anak muda maju dalam sektor penternakan.Anak anak muda siapa Noh Omar ooi ???bukan anak hang pun??

Inilah contoh kebohohan pemimpin umno yang nak menegakkan benang basah walaupun mmg sah basah!Inilah jenis pemimpin yang tau cakap jaa demi nak selamatkan krononya..kah,kah,kah

Kalau betul Kerajaan atau Pak Lah masa itu nak tolong anak anak muda dalam bidang ini bukan bagi projek ini kat lakibini dan anak-anak menteri dalam kabinet dia.,dengan RM200juta ini kerajaan boleh agihkan kepada 20,000 penternak dengan memberi 1 ekor lembu jantan dan 3 ekor lembu betina.Dalam tempuh 5 tahun setiap penternak akan mampu mengeluarkan 12 ke 15 ekur lembu dan jika di kali dengan 20,000 penternak...kita akan ada 300,000 ekur lembu melebihi sasasaran NFC sebanyak 65,000 ekur menjelang 2015.Susah sangat ke Noh Omar nak mengira ?Ini menteri tak belajar matematik ka???Berita penuh Disini
DSC_0443
keluarga pelesap duit lembu.


Inilah satu projek bodoh yang dilakukan untuk memperkayakan dua tiga orang individu dari keluarga seorang Menteri.Nasib baiklah budak-budak yang telibat dengan projek ini spesis yang sama dengan LEMBU yang diternak mereka dan tak balun habis peruntukan 250 juta itu.Kalau tidak bertambah kaya lagilahanak laki bini menteri sorang nieh....

zambry memakai umrah, diapun gi haji ! hancuuuuur !!!

s
BAGUS LA ZAMBRY OIIII ! HANG DAH BOLEH PAKAI UMRAH, PATUT LA PERGI HAJI/UMRA ! LABBAIKA ! LEBAI KA INI MACAM PAKAIPUN ADA KAAAAA ! 

NAJIB KATA" AKU DATANG MENYAHUT SERUANMU !

 
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، ان الحمد والنعمة لك، لا شريك لك لبيك 
HambaMu datang menyahut seruanMu ya Allah ! HambaMu datang menyambut panggilanMu ! yang tidak ada sekutu bagiMu ! Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaanMu, yang tidak ada sekutu bagiMu 

bulan lalu apa hal mu kata tak akan laksanakan hudud ? tipu Tuhan ye !

BILA DIA BERCAKAP MULUT DIA BERBUIH MACAM TELUR KATAK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwuMSElTw76cqPG-AjPIp0ETHPLS7Gn2qyB3cvHlQWoUs9lvwG_do02yt22YHxeU5ZueZb6w3Acb7djqf0zEFEPP7QkGlokm2VzM2KNKpxA9eXHa_-OXXzbdJ9haFRLEb0L6_5xWs2jdI/s1600/shabery250111_L.jpg
MENTERI NI TAK BERTANGGUNGJAWAB, DIA SEBAGAI MENTERI SUKAN PERLU BERTANGGUNG JAWAB BENARKAN ATLIT YAHUDI MASUK MALAYSIA

MALAYSIA MUNGKIN BANJIR BESAR


 
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengerahkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara bagi membantu kerja-kerja pemindahan, keselamatan, kecemasan, bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir yang diramal akan melanda tanah air.


Bagi menghadapi musibah ini, seluruh anggota AMAL dan pemuda PAS diarahkan bersiap sedia dengan segala peralatan serta kelengkapan semaksima mungkin. Mereka juga akan membantu pasukan keselamatan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan lain jika tenaga mereka diperlukan. Pengalaman tahun 2006 lalu dimana anggota pemuda PAS mengharung banjir dan berselut lumpur tatkala musibah banjir besar di negeri Johor, Pahang dan Melaka akan dijadikan panduan berharga bagi menghadapi kemungkinan musibah kali ini.

[Gambar - banjir di Terengganu tahun lalu, 2010]

Seramai 10,000 anggota AMAL dan pemuda PAS telah bersedia kali ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. DPPM yakin, hasil dari sentuhan tarbiyah program Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS 2011 yang baru berlangsung pada 28-30 Oktober 2011, segenap pemuda PAS akan turun ke kawasan terlibat dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang upah atau ganjaran.

Dalam pada itu, DPPM memperingatkan pemuda PAS serta rakyat umumnya agar sentiasa menjaga keselamatan diri bagi mengelak pelbagai perkara buruk berlaku. Awasi anak-anak daripada membiarkan mereka mandi di kawasan sungai atau tali air. Jaga kesihatan diri dan anggota keluarga serta mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran jika sakit.

DPPM juga meminta semua Pemuda PAS dan rakyat seluruhnya sentiasa berdoa agar negara ini selamat dari musibah buruk. Mudah-mudahan ramalan kaji cuaca yang meramalkan banjir besar tahun ini tidak berlaku kali ini di negara ini hasil dari doa kita semua.

APA KENA SELUAR NAJIB TUH ?

BALIK MEKAH NANTI NAJIB DAN ROSMAH MASUK PEH, TAPI KENALAH PAKAI TUDUNG PALO !

PAS PERAK MENGAMUK, PULUHAN RIBU BERHIMPUN


WarkahDaily – Perkara yang menakutkan Umno-BN di mana-mana ialah gelombang sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin bertambah-tambah, bahkan lautan manusia dengan rela hati berhimpun dalam program yang dianjurkan PAS-PR.



GELOMBANG HIJAU: Puluhan ribu rakyat Perak membanjiri program sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak di Masjid Tinggi, Bagan Serai.
Di Perak tidak terkecuali daripada gelombang kebangkitan rakyat yang memang digeruni oleh parti pemerintah yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir yang kini berhadapan krisis meletakkan calon Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 kerana berlaku perebutan sesama sendiri dari kalangan komponen dan Umno sendiri.
PAS Perak telah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat Perak di Masjid Tinggi, Bagan Serai sempena sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak selepas kejayaan mengadakan perhimpunan ‘Gelombang Rakyat’ sebelum ini iaitu program PAS ganti Umno peringkat Perak di zon Utara dan Zon Selatan.

Kejayaan PAS menghimpunkan rakyat dari seluruh Perak yang berlangsung dua hari itu telah memberi signal menggerunkan buat parti pemerintah yang begitu bongkak dengan kuasa mereka yang dirampas dari PR sebelum ini konon Umno-BN di Perak semakin kuat dan diterima rakyat.

Menurut Pengarah Sambutan 60 tahun PAS peringkat Perak, Misbahul Munir, program yang diadakan bersempena 60 tahun PAS peringkat Perak itu ternyata menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak dari Umno-BN dan perhimpunan seumpama ini dijangka akan lebih kerap lagi diadakan bagi memastikan momentum dan gelombang ini berterusan sehinggalah PRU akan datang.


Kata Misbahul, kehadiran (rakyat) memang sudah dijangka, dengan beberapa faktor isu-isu terkini selain faktor tokoh yang diundang.


“Rakyat sememangnya sudah benci yang melampau terhadap Umno-BN. Mereka mengharapkan PAS dan PRlah yang akan tampil menerajui kepimpinan negara,” kata Misbahul dalam Facebooknya.


Program yang diadakan dua hari (29 dan 30 Oktober) itu jelas membuktikan rakyat Perak mahukan perubahan di negeri itu apabila kehadiran rakyat Perak menjangkau puluhan ribu untuk mendengar amanat dari pimpinan tertinggi PR, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan yang lain.


“Ceramah malam pertama membuktikan segala-galanya, apatah lagi ceramah di malam kedua.


“Gandingan mantap Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Ketua Umum PKR mengundang puluhan ribu rakyat berhimpun di Masjid Tinggi, Bagan Serai,” tulis Misbahul dala Facebooknya.


Menurut Misbahul lagi, program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang disensasikan melalui isu Sultan Selangor yang berganding dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang sememangnya popular bagi menggocangkan Bagan Serai.


“UMNO BN pasti tidak akan lena tidur dengan kebangkitan rakyat di Perak,” tulis Misbahul lagi.


Misbahul turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.


“Kejayaan program adalah kerana kerjasama dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ahli PAS dan penyokong PAS di semua peringkat.


“Dengan sambutan yang hebat ini, sewajarnya PAS kawasan-kawasan mengambil inisiatif di peringkat masing-masing bagi menganjurkan sambutan 60 tahun peringkat kawasan. PAS negeri sedia membantu dan menyelaraskan sambutan ini,” tulis Misbahul.

Bob lokman dapat waran tangkap

Tuesday, November 1, 2011

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah). [lagi]

Susahnya kalau baik dengan PR ..

Banyak sangat cobaan ..

Aparahhh ...

Elok lah ... bertambah benci rakyat pada umnporno ..
Siar filem lucah tak per .. jangan kutuk umporno ..

Aiiik ? dulu puji melambung ! Dulu tu tipu kew ?

Monday, October 31, 2011

PAPA GOMO MERAJUK!!! Belasah pemimpin BN, tak mahu menulis politik dah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB1-hQiq1EOvLbq4GRz2908kwuvKrEbtroeyKmV4qPJ5ohV-O5qCY_8qHRnA7kNgGqvR6nL3EPI2QCtZNJFSbEsZr-7L8Ya9FwRseKijRh2b1OYhZ8CkJjJLvLrEIW2TbLV4hnrGvAioaT/s400/Papa+Gomo.pngGara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair.

Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi

"Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".

Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa.

"Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya.


Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin
Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri.

Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak.

Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.

Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.

Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon.

Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut. 
 
[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.

Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu.

Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.

Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.

Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya.

Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini.
Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].PDO

BN nafi dalangi demo motosikal kritik kerajaan Pulau Pinang

November 01, 2011
 
GEORGE TOWN, 1 Nov ― Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata dakwaan oleh Lim itu adalah ibarat “cakap ikut suka hati” kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri  hari ini, lapor Bernama Online.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.

Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning bertuliskan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”.

Lim berkata beliau kini “mula gentar apabila golongan mat rempit” juga menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan “LGE Rasis”.

Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata, Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.

“Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional,” katanya.

Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Lim, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tindakan Hii Tiong Huat, 60, yang berdiri dengan memegang kain rentang bertulis ‘Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time’ menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Hii menggesa Lim dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga menjadi Ahli Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda.
“Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan,” katanya kepada pemberita.
Hii yang berasal dari Sarawak, berkata Lim tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio dalam kerajaan negeri kerana ia menjejaskan jentera pentadbiran kerajaan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.